Thursday, October 8, 2009
Joshua & Kate 5
Kate mengunyah isi ikan talapia perlahan-lahan. Cicah sambal. Matanya ditutup dengan sunglasses jenama CK. Dia berpakaian t-shirt puteh yang berlogo ‘You Tube’. Kewl bukan? Dipadankan pula dengan jeans levis basic color. Betul-betul kewl. Sekali imbas macam model. Tapi Kate tahu dia bukan model. Dia orang biasa, yang baru tiba dari KL.
Rambut Kate pendek. Ala-ala gaya Winona Ryder. Kate memang cun gileeeeeerrr!
Sedang dia mengunyah makanan, cellphone pula berbunyi. Bunyi lagu Rihana, ‘Umbrella’
“Under my umbrella...ella...ella...aaaa under my umbrella... hey...heyyy...”
“Salam” satu suara lunak di hujung sana.
“Wa’alaikumsalam. Hello mak...”
“Kate kat mana ni?”
“Tengah makan kat Sugar Bun ni. Kat Shopping Kompleks Spring yang baru buka ni”
“ I see. Mak call ni bukan apa...Tadi ada kawan, nak jumpa Kate”
“Siapa dia Mak?”
“Entah laa...Mak lupa pula nak tanya siapa nama dia. Dia datang singgah kejap jer. Saja nak jumpa Kate. Katanya dah lama dia tak jumpa Kate. Dia bagitahu dulu sama U dengan Kat masa study Kat London”
Kate mengerutkan dahi. Cuba mencungkil memori.
“Err... Mak, lelaki atau perempuan?”
“Lelaki.”
Menyirap darah naik ke muka. Jantungnya bergedup kencang.
“Hmm.. dia ada tinggalkan contact no.?” Kate masih belum puas hati
“Terlupa kot”
“Hmm...thanks Mak. I’ll see u soon. Bye. Salam”
Perbualan Mak / Anak. Walaupun mereka ini golongan daripada kategori Middle Class Family aka. Borjuis. Tapi perbualan mereka pada kebanyakkan masa adalah didalam bahasa ibunda. Tidak pula mereka menganggap “i look stupid when i’m speak malay” seperti sesetengah golongan Melayu berada. Mereka Melayu yang sedar diri.
Wednesday, October 7, 2009
Joshua & Kate 4
Ya, Kate tahu; Smashing Pumpkins adalah band alternative rock yang paling digemarinya. Kate juga tahu jenama jeans kegemarannya. Kate tahu makanan apa yang dia suka. Air apa yang paling suka Joshua teguk ketika haus. Kate tahu dia suka cipta lagu sambil petik gitar akustik. Kate juga tahu yang dia suka menulis cerita-cerita pendek kategori seram. Kate macam tahu segala-galanya...
Tapi dia? Apa yang dia tahu tentang Kate? Satu-satu perkara yang dia benar-benar tahu tentang Kate; ialah warna Merah! Kate memang sedari dulu suka sangat kaler merah. Dan kaler itu macam sesuai sangat dengan kulit Kate yang puteh merah. Satu waktu dulu, dia pernah menghadiahkan gadis itu sehelai sweater Adidas merah jalur puteh dilengan. Kate pakai sampai 3 bulan tak basuh-basuh. Takut luntur katanya. Kah kah kahhh kelakar bukan.
Tapi itulah cinta. Bila hati dah suka...segala pemeberian daripada orang yang tersayang akan dihargai sepenuh jiwa. Biarpun sekadar barang murah yang dibeli tepi jalan.
Traffic light bertukar hijau. Joshua masih sentimental.
Hoonnnnkkkk! Hooonnkkk!!!
Joshua tersentak. Sebuah BMW 5 series warna hitam pantas memontong kereta kancilnya. Berdezzuppp macam kilat. Untuk beberapa saat Joshua sempat menoleh ke cermin kanan kereta. Dan sesuatu yang dia nampak benar-benar bikin hati panaasss. Kalau matanya tak silap lelaki yang memandu BMW hitam itu saling tak tumpah seakan wajah seseorang yang pernah dikenalinya. Lelaki bermisai lebat memaki ‘suit’ itu sempat menjelaingnya sambil mengerutkan dahi. Tanda tak puas hati. Bodoh! Menyusahkan orang saja. Mungkin lelaki untuk menyumpah didalam hati.
Ya, macam Ramon! Tapi betulkah Ramon? Macam dia. Cisss...
Joshua lantas memecut kancil 850, cuba-cuba mengejar mamat BMW yang berlagak tadi. Bukan untuk bergaduh, cuma mahu memastikan itu Ramon.
Kancil nak kejar BMW? Kirim salam lah...makan ‘unleaded’ lah jawabnya.
Tapi kalu betullah itu Ramon. Macam kebetulan sahaja. Baru sahaja dia berjumpa Kate, terserempak pula dengan Ramon. Dan inilah ketentuan Tuhan Maha Esa...
Joshua & Kate 3
Muzik Okestra Tchaikovsky bergema di ruang tamu Kondominium 24 tingkat itu. Turut kelihatan beberapa majalah bersepah diatas sofa merah. Made in Italy (yang membawa maksud harga sofa 3 tempat duduk itu memang tidak mampu dimiliki oleh eksekutif bank biasa).
Katerina melihat cermin besar yang terhiasa besar diruang tamu itu. Melihat wajahnya seraya berfikir. Inikah Aku? Melihat lipstik merah berkilat yang melekap dibibir. Anggun. Vogue. Elegan. Inikah Katerina cinta hati seorang lelaki jeans lusuh yang bernama Joshua?
HBO Channel sedang menyiarkan filem bertajuk ‘The Reader’ lakonan handal aktres Kate Winslet. Katerina memang minat sangat dengan Kate Winslet. Semenjak tahun 1997. Filem Titanic pecah panggung! Leonardo di Caprio dan Kate Winslet meletop-letop keserata dunia hiburan. Ya, Katerina memang terlalu meminati Kate Winslet. Kate minat Kate!
Kini setelah 12 tahun berlalu...Kate Winslet dipertemukan kembali dengan aktor versatile Leonardo di Caprio. Seolah keadaannya seperti pertemuan ‘reunion’ kembali diantara Kate & Joshua. Kemunculan Kate Winslet kali ini mendapat perhatian dan pujian Media Massa Dunia Hiburan. Sehingga Kate Winslet mampu menggondol anugerah Academy Award 2008 untuk Best Actress bagi filem tersebut. Juga setelah mendapat ‘seventh nomination’, Kate Winslet akhirnya memenangi anugerah ‘Golden Globe Award 2008 for Best Actress’ bagi lakonan yang cukup mengesankan. Dan berjaya juga memiliki anugerah dibeberapa festival filem antarabangsa yang lain. Hebat bukan?
Tapi bagaimana pula dengan Katerina binti Malik? Apakah kejayaan yang bakal dia bawa pulang selepas pertemuan semula Kate & Joshua pada 2 malam yang lepas? Hebat sangatkah lakonan dia kali ini? Ya Allah, apakah aku berlakon? Menjadi seseorang yang benar-benar kontra dengan dirinya, sebetulnya bukan sesuatu yang mudah. Katerina tidak punya jawapan.
Kate tidak tahu. Ya, Kate benar-benar tidak tahu. Apakah dia masih mencintai Joshua? Kate tidak tahu.
Wajah Joshua kembali muncul. Bersama jaket jeans levi’s yang lusuh. Macam dulu-dulu...“crunchy pop fuzz luv...”, datang bersama melodi gitar akustik yang Joshua pernah kompos untuk gadis ceria yang bernama Katerina binti Dato’ Malik.
Waktu salji pernah turun di bulan Disember semasa belajar di Kota London. Sedang mereka asyik berkejar-kejaran disekitar Royal Parks....
Tuesday, October 6, 2009
Joshua & Kate 2
Untuk seketika, Joshua berasa tenang menikmati pemandang alam ini. Alam ciptaan Allah yang sangat indah. Dia berada sangat jauh daripada hiruk pikuk kota, asap hitam yang tebal, dan sudah tentu berada jauh daripada kepura-puraan manusia bandar.
Begitupun ingatan kepada Kate tidak pernah pudar. Dia sentiasa memikirkan tentang Kate. Dengan seribu pertanyaan seperti ; “ Kenapa Kate kembali?”, “ Dimanakah Kate menghilang selama ini” “Sudah kahwinkah dia?” Namun Joshua tahu dia tidak akan menemui jawapan pasti. Sekurang-kurangnya buat masa ini...
Kate adalah memori indah. Walau bukan semua yang indah. Indah yang bercampur pilu. Kakinya terus berjalan menyusuri denai yang dihiasi rumput-rumput hijau segar ditepinya. Tanpa disedarinya, dia sampai ke sebuah warung di tepi jalan. Joshua melangkah masuk, dan terus duduk di satu bangku kosong. Beberapa pasang mata memandang kearahnya. Tentunya penduduk kampung yang berehat untuk minum-minum selepas balik dari menoreh getah atau berkebun. Mungkin? Joshua tidak ambil peduli.
Seorang gadis remaja datang memesan minuman. Tersenyum indah. Dia menatap wajah gadis itu , membalas senyuman. Bukankah senyuman itu satu sedekah. Joshua meminta Teh Ais dan Mee Goreng . Gadis pelayan itu mengangguk beberapa kali dan akhirnya beredar. Mata-mata yang memandangnya, kini kembali berbual sesama mereka. Joshua tidak dipedulikan. Mereka menganggap Joshua hanyalah seorang Budak KL yang hanya singgah minum.
Joshua menyeluk poket kiri baju denimnya. Cuba mengeluarkan sesuatu. Perlahan-lahan sampul surat berwarna biru yang didalamnya mengandungi 3 keping foto lama di keluarkan. Dia membelek-belek foto-foto tersebut. Foto pertama gambar dia dan kate.Dia tersenyum menatap foto tersebut. mengembalikan segala nostalgia lama. Foto kedua, hanya gambar Kate. Dan foto ketiga membuat nafasnya sedikit mengeluh. Ada 3 orang didalam foto itu – Joshua, Katerina dan yang seorang lelaki yang sedikit tersenyum sinis. Identiti lelaki yang tutut berada didalam foto itu adalah sehabat baiknya satu waktu dahulu. Namanya adalah RAMON. Gambar itu di tangkap di London. Sewaktu mereka bertiga belajar di over-sea. 13 tahun dahulu; Ramon adalah sahabatnya yang paling akrab sewaktu semua mereka terlalu muda. Disaat mereka memiliki perasaan indah dan ceria.
Tapi ingat! Itu 13 tahun dulu. Sewaktu kedinginan kota LONDON dihangatkan oleh perasaan-perasaan manusia yang dijernihkan oleh kata-kata cinta. Kini; lelaki yang bernama R.A.M.O.N. itu adalah musuhnya...
“Ramon.., pengkhianat!”
Semua yang berada didalam warung itu tersentak...
Wednesday, September 30, 2009
Joshua & Kate 1
Kini; disaat ini, dia terdampar diatas sofa kulit yang hitam legam. But koboi paras lutut juga terdampar disisi sofa. Hanya kipas siling yang berputar. Matanya dari tadi memandang keatas. Melihat putaran bilah-bilah kipas, sedikit demi seikit mengembalikan ingatannya kepada seseorang. Seseorang yang membuatnya kini terdampar disofa sambil jantungnya berdegup kencang.
Katerina telah kembali. Ya kate sudah pun kembali. Kembali dengan 100% bukan Kate yang dulu. Wajah yang sama tetapi cara berpakaian dan sikap yang terlalu berbeza.
Setelah 13 tahun, kini Kate kembali!
Nafas Joshua kedengaran mengeluh. Dia sepatutnya tidak pergi kesana. Ke Parti Orang-Orang Kaya. Jika tidak kerana Romzie yang paksa, mampus hidup balik dia tidak akan kesana. Tempat Orang-Orang Kaya berlagak! Demi persahabatan dia dengan Romzie, dirinya turutkan juga; walau setengah terpaksa.
Dan di Parti Orang-Orang Kaya itulah buat pertama kalinya dia kembali bertentang mata dengan Kate. Pertama kali selepas 13 tahun dia memburu Kate keserata Peta Globe.
Dia hanya mempu mengikis wajah Kate baru beberapa bulan lepas. Beberapa bulan daripada 13 tahun yang panjang dan vakum. Entah apa kejadahnya...Kate muncul semula...
Joshua bangun dari sofa. Lalu menyarung but koboi merah hitam. Pantas bergerak keluar. Pintu dikunci. Kipas siling lupa ditutup. Terus berputar bagai memunculkan wajah Katerina aka. Kate...
Monday, May 4, 2009
Ketagih Pacalele Ikan Keli Long Kiding!
Warung Long Kiding pulak macam dah tak cukup kaki tangan. Bangku plastik dan meja pun dah tak cukup-cukup. Manusia datang macam semut hurung gula melaka.
Semalam Abdolla hampir saja berlengan dengan Haji Amore, gara-gara Pacalele hanya tinggal sepinggan. Sumpah!hampir-hampir dia 'Amuk' kan satu kampong; kalau tak dipujuk oleh Si Dila anak dara Long Kiding. Bagai nak rak mereka bertegang urat leher. Mujurlah ada Si Dilla, dapat jugak dia usap-usapkan jari jemari Abdolla dengan penuh lemah gemalai dan budaya lenggok mahal; sampai tertidur Abdolla dibuatnya...ishhh...kusss semangat...puhhh!
Malam ni Abdolla tak nak lambat lagi. Dia bertekad mahu sampai cepat. Air liurnya kecur setiap kali teringatkan kerangupan dan kelazatan Pacalele Ikan Keli Long Kiding! Sambal cili padinya jangan cakaplah; pedas berdesing!
Tuesday, April 7, 2009
gadis cantek dari taman bunga...
gadis cantek dari taman bunga menoleh ke arah lain. buat-buat tak nampak. aku tahu dia merasa. rasa apa yang aku rasa...
rasa indah macam jilat ais krim ‘Connecto’ produk Wall’s bersama kekasih. lepas tu jalan-jalan tepi pantai. alaa...yang macam dalam iklan tuu...
aku ekori dari belakang. dia tak perasan. kerna aku lihat bibirnya menyanyi-nyanyi lagu Rihana.
tatkala dia menoleh, waktu itu aku belum bersedia. kesannya...mata aku terbeliak!
dahi gadis cantek dari taman bunga berkerut macam marah. marah yang makin canteeek.
lalu dia jalan laju-laju.
aku terpaku memerhati...(awak...nanti! saya bukan pscho killer laa... )
makin jauh. lagi jauh. sangat jauh.
harap esok terserempak lagi. oh ya! aku terlupa...peluang datang hanya sekali...
Wednesday, January 28, 2009
ada 'tanda' untuk orang-orang yang mengerti...
Kehidupan dan kematian silih berganti. Kadang-kala kita gembira berlari-lari anak ditepian pandai tetapi rasa benci bila terperangkap didalam kereta disebabkan ‘traffic jam’ dibandar bersama habuk dan segala daki kotoran manusia.
Suara azan dikala sampainya waktu Maghrib mendamaikan pada masa yang samanya terasa hiba kesepian. Ya; aku cuba memerhatikan keadaan disekeliling. Panas terik mentari berselang hujan. Adakalanya diterjah banjir kilat. Jika bernasib baik lalu timbullah pelangi indah. Memberikan harapan baru.
Siang malam bertukar ganti...menjadi ‘tanda’ bagi orang-orang yang mengerti...
Thursday, January 15, 2009
"Malam tu Aiman naik motosikal nak balik rumah..."
Okestra katak sahut menyahut. Suara cengkerik turut membisingkan malam. Katak dan cengkerik saling berlawan suara siapa yang lebih merdu. Aiman membetul-betulkan ketayap lusuhnya. Kesejukkan malam mengigit hingga ke tulang hitam.
Dia menunggang motosikal kapcai dengan perlahan. Bukit yang tersergam dihadapan didakinya secara berhati-hati. Aiman merasa seram sejuk. Suasana disekelilingnya begitu gelap gelita. Pokok-pokok getah dikiri kanan jalan itu kelihatan seperti lembaga manusia.
Aiman terpaksa pulang kerumah agak lewat kerana terpaksa menunggu hujan lebat dari siang tadi berhenti. Kenduri doa selamat dirumah sahabat baiknya Mustapha selesai sekitar pukul 10 malam. Namun dia terpaksa menunggu sehingga pukul 1 pagi, baru dapat beredar dari situ.
“Kau tidur sajalah disini Man. Dah lewat sangat ni.” Mustapha mengajak ikhlas.
“Ya lah Man. Tidurlah kat sini. Macam tak biasa pula.” Mak Cik Bedah, emak sahabatnya Mustapha turut mengajak.
“Takpe, Mak Cik...bukannya jauh sangat rumah saya.” Jauh tak jauh rumahnya dalam jarak lebih kurang 10 km. Aiman menolak cara basa-basi.
“Hmm...kalau gitu, aku dah tak boleh paksalah nampaknya.” Mustapha menepuk bahu sahabatnya.
“Aku kena ‘study’ tapa. Esok pagi ada ‘exam.” Aiman menerangkan perkara sebenar.
“Ok Tapa. Aku kena ‘gerak’ dulu. Terima kasih Mak Cik Bedah. Assalamualaikum...”
“Wa’alaikumsalam...”
Lalu motosikal Aiman mula bergerak... preett..peeettt...pressst...pereeettt...pedepesss... meletop-letop ekzos motosikal tua kepunyaan datuknya itu.
Aiman terus menunggang motor kapcai lapuknya itu dengan perasaan waspada.
Tanpa diduga dalam jarak lebih kurang 100 meter kelihatan samar susuk lembaga putih melintas perlahan-lahan; dan terus hilang masuk kedalam kegelapan ratusan pokok getah.
Serentak itu juga hatinya berderau. Macam ada geruh nak datang. Dia memberhentikan motosikal disisir jalan. Matanya memandang terus kehadapan. Cuba meneliti menerusi lampu matosikal yang baterinya lemah. Dia cuba menyedapkan hati dengan menganggap hanya perasaan semata-mata.
Aiman menghidupkan kembali motosikalnya. Bergerak perlahan-lahan. Didalam masa yang sama kepalanya teroleh ke kiri dan kanan. Semuanya hitam pekat.
Bila saja motor kapcai mahu mula bergerak lebih laju; saat itu juga enjin mati serta merta. Aiman mula rasa tak sedap hati. Fikirannya dihambat perlbagai kisah seram yang menakutkan.
“ Sudah... bala apa pulak yang datang ni. ‘Time-time ni pulak kau nak meragam.” Dia bercakap seorang diri.
Badannya mula berpeluh. Peluh sejuk. Baju Melayu hijau yang dipakainya semakin basah dengan peluh. Tangannya sedikit tergigil. Daun-daun pokok getah yang bergesel dilanggar angin malam mengeluarkan satu bunyi-bunyian seperti bercakap sesama sendiri. Menyeramkan...
Aiman mencangkung disebelah motosikal untuk membelek plug. Dirabanya plug motosikal lagi dicabut dari enjin. Aiman meniup-niup kepala plug sambil mengomel.
“Puuuhhh... minta-minta hiduplah balik enjin ni”
Tanpa disedarinya ada sesuatu bergerak dari arah belakangnya. Bunyi daun dan ranting dipijak semakin kuat. Namun Aiman langsung tidak mahu menoleh. Tubuhnya mengigil ketakutan. Tangannya turut terketar-ketar. Baginya untuk memandang kearah tersebut tidak sesekali. Simpang Malaikat 44.
Kini, benda itu betul-betul berada dibelakangnya.
Aiman dapat merasakan kehadiran makhluk itu. Matanya hanya mampu memandang kearah pokok-pokok getah tua yang melambai-lambai dilanggar deruan angin.
Bahunya ditepuk perlahan. Aiman berkeras tak mahu memandang. Bahunya ditepuk lagi. Kali ini dengan lebih kuat. Semakin kuat Aiman mengigil. Makhluk itu menepuk bahunya sekali lagi. Kali ini berkali-kali... tepuk! tepukkk! teepooookkk! Sehingga bahu Aiman bergoncang kuat.
“Aimaaaan...” Namanya dipanggil lembut secara memanjang... sayup-sayup...
Dengan saki baki keberanian yang tinggal, Aiman menoleh kepalanya kearah belakang. Perlahan-lahan...
Boo Boo Chakkk!!!
Aiman pengsan serta merta. Badannya keras kaku. Aiman pengsan dengan mata yang masih terjegil seolah-olah sedang melihat sesuatu yang amat dashyat! Mulutnya terlopong...
Mak Cik Bedah dan Mustapha hanya mampu berdiri tercegat disitu sambil memandang sesama sendiri dengan perasaan penuh takjub. Mustapha menggaru-garu kepala; sambil cuba memahami situasi ketakutan yang dialami oleh sahabat baiknya Aiman. Enjin kereta masih berbunyi...
********************************************************
Jadi semua yang berlaku kepada diri Aiman pada malam itu menunjukkan tanda apa?
- A) beli motosikal baru
- B) rajin-rajinlah servis motor
- C) Aiman adalah seorang yang penakut tahap ‘ekstra’.
- D) Aiman tak kessaaaaah...
