Tuesday, September 13, 2011

VESPA KUNING SUSU - Siri 1

Ini Vespa. Kaler kuning susu. Jenama unggul Piaggio.
Seorang lelaki berjaket kulit warna cokelat; yang dibelakang tertera ‘ Vespa is Adventure’ sedang membelek-belek jentera dua roda itali ini dengan penuh bersyahwat. Kelihatannya seperti dia seorang yang agak kool dan bersahaja.
Jalan raya masih lenggang dan sunyi dan sudah tentu ini kerna jam ‘Swatch’ merah dipergelangan tangan lelaki itu menunjukkan pukul 7:30am. Pagi masih muda, hati masih muda. Vespa Piaggio LX150 itu baru dibeli tak sampai 2 minggu. Dan pada hari ini dan saat ini dia akan memulakan satu pengembaraan yang tak pernah dia fikirkan selama ini. Dia cuma ini ingin bebas dan lepas, seakan burung-burung yang melayari udara dengan lembut.
Namanya Romero. Berusia dipertengahan 30an. Bermisai tebal; hitam dan pekat. Seorang penulis cerita-cerita thriller di sebuah akhbar indipenden; The Suspect. Mempunyai kolum sendiri berjudul ‘Meremang bulu roma...’ yang pernah seorang pembaca akhbar tersebut menelefon Cif Editor akhbar tersebut dan meminta ketuanya menghentikan cerita-cerita sampah yang ditulis olehnya segera. Kata lelaki itu hentikan kolum itu atau anda kehilangan pembaca!
Begitupun dia langsung tak pernah pedulik. Dia tak ingin langsung tahu siapa lelaki angkuh tersebut.
Romera mengeluarkan sesuatu dari celah poket depan jeans Wrangler Classic yang dipakainya. Sebungkus Luck Strike soft pack. Dikoyakkan kertas aluminium; diketip dengan jari sebatang rokok tanpa filter. Tahu-tahu rokok sudah dibibir. Dinyalakannya dengan lighter Zippo yang terukir gambar Vespa.
Spek Rayban Warefarer yang terlekap diwajahnya membuatkan dia lebih kelihatan seperti model parfume Hugo Boss kotak hijau daripada sebagai seorang Vespa Rider.
Perlahan-lahan dia mengeluarkan sesuatu daripada poket dalam jaket kulit cokelatnya. Hanfon Samsung Corby II; juga baru dibeli 7 hari lalu, beli pada malam raya minggu lepas. Agak cantik dan simple hanfon ini; kaler kuning yang membuatkan Romero sentiasa merasakan dirinya muda setiap kali menekan touch screen dengan jari telunjuk.
Daun-daun kering diatas rumput bersebelahan jalan tar, meliuk lentuk dilanggar angin segar bugar.. ibu jarinya menekan satu nama.
J.A.C.K.O : 016432435.
Nada deringan lagu Sudirman berjudul ‘Merisik Khabar’ kedengaran.
Namun tiada siapa yang menjawab. dailan terputus sendiri.
Dia menunggu sebentar.
"Jacko, sahabat seperjuangan. Lagi 10 minit engkau tak muncul, aku gerak." dia bercakap dengan dirinya sendiri. Walaupun hatinya sedikit gementar namun jika terpaksa dia akan redah semua di hadapan. Dia perlu lakukan pengembaraan ini. Jiwanya perlukan sesuatu yang segar dan aroma kopi perisa lain.
Tepat. 10 minit berlalu.
Vrossshhh...vrrooosssszzz...alunan ekzos datang.
Seorang lelaki muncul dari arah balik bukit. juga menaiki vespa piaggio LX150. Kaler merah menyala. Merah darah. Sambil melambai-lambaikan tangan penuh keriangan semulajadi.

Thursday, October 14, 2010

KOLATERAL

DuuM`! DuuuMM`! Dumm... DuuMMM`! HoooonnnKKKKKKKKKKKK~!!!

Not-not RM100 melayang dilangit. Warna biru tua dan merah tua berpusing-pusing di udara.

*(slow motion)


Bonet kereta terbakar. Kertas-kertas Ringgit Malaysia masih lagi melayang disapu angin. Jatuh melenggok ketanah perlahan-lahan.

Kereta Toyota GL 1984 puteh itu terdampar di penghadang jalan. 5 lelaki didalamnya.

Cermin hadapan terdapat percikkan darah. Ngeri. Sayu.

HooooonnnKKKKKKKKKKKKKKK~!!!!Hon kereta terus menerus berbunyi. Memekik tanpa henti.


Kepala pemandu Toyota LG 1984 puteh itu terlangkup keatas stereng. Kesemua mereka tidak bergerak. Tiada satu bunyi yang keluar.

Orang ramai disekeliling mula menghampiri. Makin lama makin ramai.


Neeeonooonooooonngggg.... Neeeooonnoooonooonnngggg.... siren polis.

(suara manusia berbisik. kuat dan perlahan. bunyi siren kereta PDRM. dan bunyi hon tanpa henti)

Beberapa wanita muda yang melihat kejadian yang berlaku tak sampai 5 minit itu, menelekup jari-jemari ke mulut. Tragis. Darah.


Rompakan nekad baru berlaku. Tidak sampai setengah jam. Dan ini bukan filem ‘Heat’, peran handal Robert De Niro. Ini realiti.

Ditempat duduk belakang, posisi tengah seorang pemuda bernama Fendy.



24 JAM SEBELUM ROMPAKAN NEKAD:

Fendy duduk di kerusi kayu itu dengan kedua belah tangannya terikat dibelakang. Dikeliling 4 lelaki tegap. Kesemuanya memakai t-shirt hitam dan berjeans hitam.

Dia hanya kenal seorang.

Carma Roll.

Bekas rakan sekelasnya di Sekolah Menengah 7 tahun lepas.

Seorang daripada mereka, kelihatan seperti ketua. Kerap memberi arahan. Yang lain hanya mengikut tanpa bantahan.

Banjingan ini dipanggil Ray. Lingkungan 30an. Bermisal tebal dan jambang nipis. Kening tebal. bermata buntang. Rambut dipotong stail crew-cut.


Fendi baru lepas kena belasah.

Wajahnya lunyai. Bibirnya pecah. Mata kirinya lebam kebiru-biru. Bekas rakan sekelasnya, Carma Roll hanya diam. Sesekali sempat menjeling kearahnya. Diburu rasa bersalah barangkali.

Dia dikurung didalam sebuah bilik. Sempit. Suram. Hanya diterangi lampu mentol bulat kuning. Lampu mentol bertudung salji. 40 watt.

“Fendi...” getaran suara Ray kedengaran tenang, tapi berbaur ancaman.

Banjingan Ray bersuara lagi; “Sama ada engkau join kami, atau Salina dibunuh.” Suara Raya setanag air dikali. Tenang tapi dalam ada buaya.

Ray melekatkan rokok dicelah bibirnya. Pasang api. Rokok disedut dengan rakus. Lalu perlahan-lahan menghembuskan asap nikotin ke muka Fendy...

“Fikir baik-baik Fendy....fikir sebelum terlambat...” dan lelaki itu meninggalkannya buat seketika.

*(Siapa Salina? Salina hanyalah staf baru ,Bank tempat Fendy berkerja. Gadis ini baru berkerja 3 hari. Seorang kerani. Fendy pegawai Bank yang memegang ‘secret key’sperti yang diamanahkan oleh majikannya.)

Fendy berfikir.

*(Monolog : Nyawa Salina atau ‘secret key’?)



48 JAM SEBELUM ROMPAKAN NEKAD:

Persekitaran Coffee House, nampak tenang. Dia baru memesan expresso; ketika ditegur oleh suara banjingan dari arah kirinya.

“Hey, Fendi!”

Dia menoleh. Punggung belum pun sempat panas diatas sofa. Baru mahu melayan live band, sudah dikacau malaun mana entah.

“Ini Fendy bukan?”

Banjingan berkacamata hitam ini menegurnya sambil tersenyum. Dia tercium bau kejahatan. Namun semacam tidak mampu menolak.

“Ya, saya Fendy. Apakah saya kenal anda?”

“Fendy, ini Carma Roll lah. Kita dulu pernah sekelas.”

Dia mengerutkan dahi, cuba menarik memori dengan segala kekuatan urat sebrum otaknya.

“Carma Roll Bahrain.” tiba-tiba sahaja nama itu terpancut dari mulutnya. Yang dia tidak sedar sewaktu dia menuturkan nama itu, dia sebenarnya sedang minum racun Roundup.


Satu permulaan kepada not-not RM yang terpercik darah, lalu bergentayangan diudara... 48 jam selepas itu. Dikala Fendi terperosok di tempat duduk belakang, posisi tengah didalam Toyota GL 1984 puteh... masih lagi tidak bergerak-gerak.


Hon terus berbunyi tanpa henti...

Thursday, October 8, 2009

Joshua & Kate 5

Tiba-tiba sahaja Kate ada di Kuching. Saja jalan-jalan makan angin. Dah bosan sangat jalan dekat KL. Tiba-tiba sahaja Kate berada didalam ‘Sugar Bun’. Restoran ‘fast-food’ , yang founder nya orang Sarawak. Sugar Bun lain sikit, tak macam Mc. Donald , KFC atau Burger King. Menu Sugar Bun ada set Ikan dan Nasi. Baru kenyang.

Kate mengunyah isi ikan talapia perlahan-lahan. Cicah sambal. Matanya ditutup dengan sunglasses jenama CK. Dia berpakaian t-shirt puteh yang berlogo ‘You Tube’. Kewl bukan? Dipadankan pula dengan jeans levis basic color. Betul-betul kewl. Sekali imbas macam model. Tapi Kate tahu dia bukan model. Dia orang biasa, yang baru tiba dari KL.
Rambut Kate pendek. Ala-ala gaya Winona Ryder. Kate memang cun gileeeeeerrr!

Sedang dia mengunyah makanan, cellphone pula berbunyi. Bunyi lagu Rihana, ‘Umbrella’
“Under my umbrella...ella...ella...aaaa under my umbrella... hey...heyyy...”
“Salam” satu suara lunak di hujung sana.

“Wa’alaikumsalam. Hello mak...”

“Kate kat mana ni?”

“Tengah makan kat Sugar Bun ni. Kat Shopping Kompleks Spring yang baru buka ni”

“ I see. Mak call ni bukan apa...Tadi ada kawan, nak jumpa Kate”

“Siapa dia Mak?”

“Entah laa...Mak lupa pula nak tanya siapa nama dia. Dia datang singgah kejap jer. Saja nak jumpa Kate. Katanya dah lama dia tak jumpa Kate. Dia bagitahu dulu sama U dengan Kat masa study Kat London”

Kate mengerutkan dahi. Cuba mencungkil memori.

“Err... Mak, lelaki atau perempuan?”

“Lelaki.”

Menyirap darah naik ke muka. Jantungnya bergedup kencang.

“Hmm.. dia ada tinggalkan contact no.?” Kate masih belum puas hati

“Terlupa kot”

“Hmm...thanks Mak. I’ll see u soon. Bye. Salam”

Perbualan Mak / Anak. Walaupun mereka ini golongan daripada kategori Middle Class Family aka. Borjuis. Tapi perbualan mereka pada kebanyakkan masa adalah didalam bahasa ibunda. Tidak pula mereka menganggap “i look stupid when i’m speak malay” seperti sesetengah golongan Melayu berada. Mereka Melayu yang sedar diri.


Wednesday, October 7, 2009

Joshua & Kate 4

Kate pernah menghadiahkannya sehelai T-Shirt hitam ‘Smashing Pumpkins’. Di depan gambar bintang merah besar. Dibelakang tertulis perkataan “just say maybe...”. Joshua pakai t-shirt hitam itu sampai lusuh. Itu t-shirt kesayangannya. Warna hitam sampai bertukar kelabu faded. Ke hingga ke saat ini dia memakai hadiah pemberian tersebut. T-shirt mempunyai memori nan indah. Kisah-kisah cinta nan indah...

Ya, Kate tahu; Smashing Pumpkins adalah band alternative rock yang paling digemarinya. Kate juga tahu jenama jeans kegemarannya. Kate tahu makanan apa yang dia suka. Air apa yang paling suka Joshua teguk ketika haus. Kate tahu dia suka cipta lagu sambil petik gitar akustik. Kate juga tahu yang dia suka menulis cerita-cerita pendek kategori seram. Kate macam tahu segala-galanya...

Tapi dia? Apa yang dia tahu tentang Kate? Satu-satu perkara yang dia benar-benar tahu tentang Kate; ialah warna Merah! Kate memang sedari dulu suka sangat kaler merah. Dan kaler itu macam sesuai sangat dengan kulit Kate yang puteh merah. Satu waktu dulu, dia pernah menghadiahkan gadis itu sehelai sweater Adidas merah jalur puteh dilengan. Kate pakai sampai 3 bulan tak basuh-basuh. Takut luntur katanya. Kah kah kahhh kelakar bukan.

Tapi itulah cinta. Bila hati dah suka...segala pemeberian daripada orang yang tersayang akan dihargai sepenuh jiwa. Biarpun sekadar barang murah yang dibeli tepi jalan.

Traffic light bertukar hijau. Joshua masih sentimental.
Hoonnnnkkkk! Hooonnkkk!!!

Joshua tersentak. Sebuah BMW 5 series warna hitam pantas memontong kereta kancilnya. Berdezzuppp macam kilat. Untuk beberapa saat Joshua sempat menoleh ke cermin kanan kereta. Dan sesuatu yang dia nampak benar-benar bikin hati panaasss. Kalau matanya tak silap lelaki yang memandu BMW hitam itu saling tak tumpah seakan wajah seseorang yang pernah dikenalinya. Lelaki bermisai lebat memaki ‘suit’ itu sempat menjelaingnya sambil mengerutkan dahi. Tanda tak puas hati. Bodoh! Menyusahkan orang saja. Mungkin lelaki untuk menyumpah didalam hati.

Ya, macam Ramon! Tapi betulkah Ramon? Macam dia. Cisss...
Joshua lantas memecut kancil 850, cuba-cuba mengejar mamat BMW yang berlagak tadi. Bukan untuk bergaduh, cuma mahu memastikan itu Ramon.

Kancil nak kejar BMW? Kirim salam lah...makan ‘unleaded’ lah jawabnya.

Tapi kalu betullah itu Ramon. Macam kebetulan sahaja. Baru sahaja dia berjumpa Kate, terserempak pula dengan Ramon. Dan inilah ketentuan Tuhan Maha Esa...

Joshua & Kate 3

Katerina meneguk fresh orange. Bersenang lenang diatas sofa empuk merah. Made in Italy. Tangannya memegang remote TV Astro. Dari satu saluran ke saluran lain dia menonton. Tak pernah tetap. Matanya melihat program TV, namun hatinya ke lain.

Muzik Okestra Tchaikovsky bergema di ruang tamu Kondominium 24 tingkat itu. Turut kelihatan beberapa majalah bersepah diatas sofa merah. Made in Italy (yang membawa maksud harga sofa 3 tempat duduk itu memang tidak mampu dimiliki oleh eksekutif bank biasa).

Katerina melihat cermin besar yang terhiasa besar diruang tamu itu. Melihat wajahnya seraya berfikir. Inikah Aku? Melihat lipstik merah berkilat yang melekap dibibir. Anggun. Vogue. Elegan. Inikah Katerina cinta hati seorang lelaki jeans lusuh yang bernama Joshua?

HBO Channel sedang menyiarkan filem bertajuk ‘The Reader’ lakonan handal aktres Kate Winslet. Katerina memang minat sangat dengan Kate Winslet. Semenjak tahun 1997. Filem Titanic pecah panggung! Leonardo di Caprio dan Kate Winslet meletop-letop keserata dunia hiburan. Ya, Katerina memang terlalu meminati Kate Winslet. Kate minat Kate!


Kini setelah 12 tahun berlalu...Kate Winslet dipertemukan kembali dengan aktor versatile Leonardo di Caprio. Seolah keadaannya seperti pertemuan ‘reunion’ kembali diantara Kate & Joshua. Kemunculan Kate Winslet kali ini mendapat perhatian dan pujian Media Massa Dunia Hiburan. Sehingga Kate Winslet mampu menggondol anugerah Academy Award 2008 untuk Best Actress bagi filem tersebut. Juga setelah mendapat ‘seventh nomination’, Kate Winslet akhirnya memenangi anugerah ‘Golden Globe Award 2008 for Best Actress’ bagi lakonan yang cukup mengesankan. Dan berjaya juga memiliki anugerah dibeberapa festival filem antarabangsa yang lain. Hebat bukan?

Tapi bagaimana pula dengan Katerina binti Malik? Apakah kejayaan yang bakal dia bawa pulang selepas pertemuan semula Kate & Joshua pada 2 malam yang lepas? Hebat sangatkah lakonan dia kali ini? Ya Allah, apakah aku berlakon? Menjadi seseorang yang benar-benar kontra dengan dirinya, sebetulnya bukan sesuatu yang mudah. Katerina tidak punya jawapan.
Kate tidak tahu. Ya, Kate benar-benar tidak tahu. Apakah dia masih mencintai Joshua? Kate tidak tahu.

Wajah Joshua kembali muncul. Bersama jaket jeans levi’s yang lusuh. Macam dulu-dulu...“crunchy pop fuzz luv...”, datang bersama melodi gitar akustik yang Joshua pernah kompos untuk gadis ceria yang bernama Katerina binti Dato’ Malik.


Waktu salji pernah turun di bulan Disember semasa belajar di Kota London. Sedang mereka asyik berkejar-kejaran disekitar Royal Parks....


Tuesday, October 6, 2009

Joshua & Kate 2

Joshua berjalan-jalan disekitar kawasan kampung itu. Sunyi sepi walaupun disiang hari. Hanya kedengaran bunyi cicip burung. Kakinya memijak tanah coklat yang berdebu. Tanah sebenar; bukan tar!

Untuk seketika, Joshua berasa tenang menikmati pemandang alam ini. Alam ciptaan Allah yang sangat indah. Dia berada sangat jauh daripada hiruk pikuk kota, asap hitam yang tebal, dan sudah tentu berada jauh daripada kepura-puraan manusia bandar.

Begitupun ingatan kepada Kate tidak pernah pudar. Dia sentiasa memikirkan tentang Kate. Dengan seribu pertanyaan seperti ; “ Kenapa Kate kembali?”, “ Dimanakah Kate menghilang selama ini” “Sudah kahwinkah dia?” Namun Joshua tahu dia tidak akan menemui jawapan pasti. Sekurang-kurangnya buat masa ini...

Kate adalah memori indah. Walau bukan semua yang indah. Indah yang bercampur pilu. Kakinya terus berjalan menyusuri denai yang dihiasi rumput-rumput hijau segar ditepinya. Tanpa disedarinya, dia sampai ke sebuah warung di tepi jalan. Joshua melangkah masuk, dan terus duduk di satu bangku kosong. Beberapa pasang mata memandang kearahnya. Tentunya penduduk kampung yang berehat untuk minum-minum selepas balik dari menoreh getah atau berkebun. Mungkin? Joshua tidak ambil peduli.

Seorang gadis remaja datang memesan minuman. Tersenyum indah. Dia menatap wajah gadis itu , membalas senyuman. Bukankah senyuman itu satu sedekah. Joshua meminta Teh Ais dan Mee Goreng . Gadis pelayan itu mengangguk beberapa kali dan akhirnya beredar. Mata-mata yang memandangnya, kini kembali berbual sesama mereka. Joshua tidak dipedulikan. Mereka menganggap Joshua hanyalah seorang Budak KL yang hanya singgah minum.

Joshua menyeluk poket kiri baju denimnya. Cuba mengeluarkan sesuatu. Perlahan-lahan sampul surat berwarna biru yang didalamnya mengandungi 3 keping foto lama di keluarkan. Dia membelek-belek foto-foto tersebut. Foto pertama gambar dia dan kate.Dia tersenyum menatap foto tersebut. mengembalikan segala nostalgia lama. Foto kedua, hanya gambar Kate. Dan foto ketiga membuat nafasnya sedikit mengeluh. Ada 3 orang didalam foto itu – Joshua, Katerina dan yang seorang lelaki yang sedikit tersenyum sinis. Identiti lelaki yang tutut berada didalam foto itu adalah sehabat baiknya satu waktu dahulu. Namanya adalah RAMON. Gambar itu di tangkap di London. Sewaktu mereka bertiga belajar di over-sea. 13 tahun dahulu; Ramon adalah sahabatnya yang paling akrab sewaktu semua mereka terlalu muda. Disaat mereka memiliki perasaan indah dan ceria.

Tapi ingat! Itu 13 tahun dulu. Sewaktu kedinginan kota LONDON dihangatkan oleh perasaan-perasaan manusia yang dijernihkan oleh kata-kata cinta. Kini; lelaki yang bernama R.A.M.O.N. itu adalah musuhnya...

“Ramon.., pengkhianat!”


Semua yang berada didalam warung itu tersentak...


Wednesday, September 30, 2009

Joshua & Kate 1

Segala yang berlaku terlalu pantas. Terlalu indah dan ceria...

Kini; disaat ini, dia terdampar diatas sofa kulit yang hitam legam. But koboi paras lutut juga terdampar disisi sofa. Hanya kipas siling yang berputar. Matanya dari tadi memandang keatas. Melihat putaran bilah-bilah kipas, sedikit demi seikit mengembalikan ingatannya kepada seseorang. Seseorang yang membuatnya kini terdampar disofa sambil jantungnya berdegup kencang.

Katerina telah kembali. Ya kate sudah pun kembali. Kembali dengan 100% bukan Kate yang dulu. Wajah yang sama tetapi cara berpakaian dan sikap yang terlalu berbeza.
Setelah 13 tahun, kini Kate kembali!

Nafas Joshua kedengaran mengeluh. Dia sepatutnya tidak pergi kesana. Ke Parti Orang-Orang Kaya. Jika tidak kerana Romzie yang paksa, mampus hidup balik dia tidak akan kesana. Tempat Orang-Orang Kaya berlagak! Demi persahabatan dia dengan Romzie, dirinya turutkan juga; walau setengah terpaksa.
Dan di Parti Orang-Orang Kaya itulah buat pertama kalinya dia kembali bertentang mata dengan Kate. Pertama kali selepas 13 tahun dia memburu Kate keserata Peta Globe.
Dia hanya mempu mengikis wajah Kate baru beberapa bulan lepas. Beberapa bulan daripada 13 tahun yang panjang dan vakum. Entah apa kejadahnya...Kate muncul semula...


Joshua bangun dari sofa. Lalu menyarung but koboi merah hitam. Pantas bergerak keluar. Pintu dikunci. Kipas siling lupa ditutup. Terus berputar bagai memunculkan wajah Katerina aka. Kate...

Monday, May 4, 2009

Ketagih Pacalele Ikan Keli Long Kiding!

Abdolla ketagih Pacalele. Bukan sikit-sikit punya ketagihan, tapi ini dah kira masuk bab ketagih makan tiap-tiap malam. Entah ke apa yang rempah dimasukkan kedalam sambal pacalele itu; tiada siapa yang suspek. Pacalele ikan keli memang dambaan jiwa Abdolla. Siapa yang bole lawan kerangupan Pacalele ikan keli warung Long Kiding? Hampir satu kampung dah kemaruk! Hingga berjangkit ke kampung seberang. Dari yang datang berdayung sampan sampailah yang datang dengan BMW. Tua Muda Kocik Bosau... habis semua sekali datang tiap-tiap kali lepas habis solat Isya' di Masjid.



Warung Long Kiding pulak macam dah tak cukup kaki tangan. Bangku plastik dan meja pun dah tak cukup-cukup. Manusia datang macam semut hurung gula melaka.



Semalam Abdolla hampir saja berlengan dengan Haji Amore, gara-gara Pacalele hanya tinggal sepinggan. Sumpah!hampir-hampir dia 'Amuk' kan satu kampong; kalau tak dipujuk oleh Si Dila anak dara Long Kiding. Bagai nak rak mereka bertegang urat leher. Mujurlah ada Si Dilla, dapat jugak dia usap-usapkan jari jemari Abdolla dengan penuh lemah gemalai dan budaya lenggok mahal; sampai tertidur Abdolla dibuatnya...ishhh...kusss semangat...puhhh!



Malam ni Abdolla tak nak lambat lagi. Dia bertekad mahu sampai cepat. Air liurnya kecur setiap kali teringatkan kerangupan dan kelazatan Pacalele Ikan Keli Long Kiding! Sambal cili padinya jangan cakaplah; pedas berdesing!