DuuM`! DuuuMM`! Dumm... DuuMMM`! HoooonnnKKKKKKKKKKKK~!!!
Not-not RM100 melayang dilangit. Warna biru tua dan merah tua berpusing-pusing di udara.
*(slow motion)
Bonet kereta terbakar. Kertas-kertas Ringgit Malaysia masih lagi melayang disapu angin. Jatuh melenggok ketanah perlahan-lahan.
Kereta Toyota GL 1984 puteh itu terdampar di penghadang jalan. 5 lelaki didalamnya.
Cermin hadapan terdapat percikkan darah. Ngeri. Sayu.
HooooonnnKKKKKKKKKKKKKKK~!!!!Hon kereta terus menerus berbunyi. Memekik tanpa henti.
Kepala pemandu Toyota LG 1984 puteh itu terlangkup keatas stereng. Kesemua mereka tidak bergerak. Tiada satu bunyi yang keluar.
Orang ramai disekeliling mula menghampiri. Makin lama makin ramai.
Neeeonooonooooonngggg.... Neeeooonnoooonooonnngggg.... siren polis.
(suara manusia berbisik. kuat dan perlahan. bunyi siren kereta PDRM. dan bunyi hon tanpa henti)
Beberapa wanita muda yang melihat kejadian yang berlaku tak sampai 5 minit itu, menelekup jari-jemari ke mulut. Tragis. Darah.
Rompakan nekad baru berlaku. Tidak sampai setengah jam. Dan ini bukan filem ‘Heat’, peran handal Robert De Niro. Ini realiti.
Ditempat duduk belakang, posisi tengah seorang pemuda bernama Fendy.
24 JAM SEBELUM ROMPAKAN NEKAD:
Fendy duduk di kerusi kayu itu dengan kedua belah tangannya terikat dibelakang. Dikeliling 4 lelaki tegap. Kesemuanya memakai t-shirt hitam dan berjeans hitam.
Dia hanya kenal seorang.
Carma Roll.
Bekas rakan sekelasnya di Sekolah Menengah 7 tahun lepas.
Seorang daripada mereka, kelihatan seperti ketua. Kerap memberi arahan. Yang lain hanya mengikut tanpa bantahan.
Banjingan ini dipanggil Ray. Lingkungan 30an. Bermisal tebal dan jambang nipis. Kening tebal. bermata buntang. Rambut dipotong stail crew-cut.
Fendi baru lepas kena belasah.
Wajahnya lunyai. Bibirnya pecah. Mata kirinya lebam kebiru-biru. Bekas rakan sekelasnya, Carma Roll hanya diam. Sesekali sempat menjeling kearahnya. Diburu rasa bersalah barangkali.
Dia dikurung didalam sebuah bilik. Sempit. Suram. Hanya diterangi lampu mentol bulat kuning. Lampu mentol bertudung salji. 40 watt.
“Fendi...” getaran suara Ray kedengaran tenang, tapi berbaur ancaman.
Banjingan Ray bersuara lagi; “Sama ada engkau join kami, atau Salina dibunuh.” Suara Raya setanag air dikali. Tenang tapi dalam ada buaya.
Ray melekatkan rokok dicelah bibirnya. Pasang api. Rokok disedut dengan rakus. Lalu perlahan-lahan menghembuskan asap nikotin ke muka Fendy...
“Fikir baik-baik Fendy....fikir sebelum terlambat...” dan lelaki itu meninggalkannya buat seketika.
*(Siapa Salina? Salina hanyalah staf baru ,Bank tempat Fendy berkerja. Gadis ini baru berkerja 3 hari. Seorang kerani. Fendy pegawai Bank yang memegang ‘secret key’sperti yang diamanahkan oleh majikannya.)
Fendy berfikir.
*(Monolog : Nyawa Salina atau ‘secret key’?)
48 JAM SEBELUM ROMPAKAN NEKAD:
Persekitaran Coffee House, nampak tenang. Dia baru memesan expresso; ketika ditegur oleh suara banjingan dari arah kirinya.
“Hey, Fendi!”
Dia menoleh. Punggung belum pun sempat panas diatas sofa. Baru mahu melayan live band, sudah dikacau malaun mana entah.
“Ini Fendy bukan?”
Banjingan berkacamata hitam ini menegurnya sambil tersenyum. Dia tercium bau kejahatan. Namun semacam tidak mampu menolak.
“Ya, saya Fendy. Apakah saya kenal anda?”
“Fendy, ini Carma Roll lah. Kita dulu pernah sekelas.”
Dia mengerutkan dahi, cuba menarik memori dengan segala kekuatan urat sebrum otaknya.
“Carma Roll Bahrain.” tiba-tiba sahaja nama itu terpancut dari mulutnya. Yang dia tidak sedar sewaktu dia menuturkan nama itu, dia sebenarnya sedang minum racun Roundup.
Satu permulaan kepada not-not RM yang terpercik darah, lalu bergentayangan diudara... 48 jam selepas itu. Dikala Fendi terperosok di tempat duduk belakang, posisi tengah didalam Toyota GL 1984 puteh... masih lagi tidak bergerak-gerak.
Hon terus berbunyi tanpa henti...
Thursday, October 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment