Wednesday, September 30, 2009

Joshua & Kate 1

Segala yang berlaku terlalu pantas. Terlalu indah dan ceria...

Kini; disaat ini, dia terdampar diatas sofa kulit yang hitam legam. But koboi paras lutut juga terdampar disisi sofa. Hanya kipas siling yang berputar. Matanya dari tadi memandang keatas. Melihat putaran bilah-bilah kipas, sedikit demi seikit mengembalikan ingatannya kepada seseorang. Seseorang yang membuatnya kini terdampar disofa sambil jantungnya berdegup kencang.

Katerina telah kembali. Ya kate sudah pun kembali. Kembali dengan 100% bukan Kate yang dulu. Wajah yang sama tetapi cara berpakaian dan sikap yang terlalu berbeza.
Setelah 13 tahun, kini Kate kembali!

Nafas Joshua kedengaran mengeluh. Dia sepatutnya tidak pergi kesana. Ke Parti Orang-Orang Kaya. Jika tidak kerana Romzie yang paksa, mampus hidup balik dia tidak akan kesana. Tempat Orang-Orang Kaya berlagak! Demi persahabatan dia dengan Romzie, dirinya turutkan juga; walau setengah terpaksa.
Dan di Parti Orang-Orang Kaya itulah buat pertama kalinya dia kembali bertentang mata dengan Kate. Pertama kali selepas 13 tahun dia memburu Kate keserata Peta Globe.
Dia hanya mempu mengikis wajah Kate baru beberapa bulan lepas. Beberapa bulan daripada 13 tahun yang panjang dan vakum. Entah apa kejadahnya...Kate muncul semula...


Joshua bangun dari sofa. Lalu menyarung but koboi merah hitam. Pantas bergerak keluar. Pintu dikunci. Kipas siling lupa ditutup. Terus berputar bagai memunculkan wajah Katerina aka. Kate...