Naik basikal keliling kampong. Niat dihati nak cari buluh bikin 'lomang'. Arakian maka masuklah Sepul kedalam hutan dipinggir kampong pada petang sebelum raya. Sepul masuk hutan dengan matlamat mencari buluh; tapi dengan 2 tujuan.
1. Mau kasi bikin ‘lomang’
2. Maun kasi bikin ‘meghiam buloh’.
Sepul memang tak sabar nak ‘lotup’ kan satu kampong dengan meriam buluh buatan eksklusifnya...
Dia akan lawan habis-habisan dengan budak-budak kampong seberang. Oleh itu dia memerlukan bukan setakat buluh biasa, tapi dia betul-betul mahu cari Bapak Buloh Betong!
**************************************************************
Dah dekat dua 2 jam, Sepul melilau dalam hutan belukar itu, namun bukan kata Bapak Buloh Betong...satu haram Anak Buloh dia tak jumpa. Habis semua dah kena cantas!
“Ni mesti kerja budak-budak kampong seberang. Kurang ajar betol, kalau nak ambik pun kasi tinggalah kat aku sikit” Dia membebel sorang-sorang.
Macamlah ada manusia dalam hutan belukar tu yang mampu menjadi pendengar yang baik; bagi segala perkataan-perkataan berunsur negatif yang lancar keluar dari mulutnya.Yang tinggal hanya cucu cicit buloh yang layak dibuat lomang celah gigi.
Sebenarnya Sepul sudah terlupa satu perkara...Dia masuk hutan dengan niat tak baik... Dalam hutan jangan dibuat main. Satu lagi mulut dia mamang celupar. Bila dia tengok pokok-pokok buloh habis semua kena cantas, maka dia mula menyumpah seranah macam orang hilang akal. Maka ini lah padahnya...
*********************************************************************
Dah masuk seminggu, Sepul beraya sorang-sorang dalam hutan gelap. Dia beraya dengan nyamuk, agas dan ular sawa batik. Pendek kata Sepul tahun itu beraya sakan...
Sebenarnya apabila Sepul masuk ke hutan petang sebelum malam raya itu, dia tak langsung tak pernah berjumpa jalan keluar. Dia sangka dia keluar...tapi walhal dia punya syok bertakbir raya dengan orang-orang kampong yang disangkakannya manusia... Peliknya dia tak pernah kenal pun dengan muka-muka orang disekelilingnya yang sedang rancak bertakbir raya.
Sehinggalah petang raya ketujuh orang-orang kampong terjumpa Sepul sedang terpelosok dicelah banir pokok beringin besar gila. Dicelah bibirnya terselit daun-daun hijau yang dikunyahnya dengan nikmat. Bila ada satu Pak Cik bertanya; “ Kau buat apa pul?”
Lalu dijawabnya “Pak Cik buta warna kah? Tak Nampak saya tengah makan Kek Sarawak 7 lapis ni?”
Hutan semakin gelap...
Saturday, October 11, 2008
Subscribe to:
Comments (Atom)
