Monday, July 28, 2008

Parti Keris Melayu (Bahagian 1)

Dr. Junus telah mengumpulkan ‘budak-budaknya’. Dia akan membuat satu pengumuman penting. Restoran mamak Syed penuh dengan ‘budak-budaknya’. Dia bertekad menghalang kemaraan Datuk Zaid Hasan dan juak-juak beliau.

Dr. Junus telah meneriman arahan daripada ‘Big Boss’nya, YM Tengku Hussain Ahmad. Bagi merancang satu tindakan proaktif bagi mempertahankan kem mereka.
Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Wan Hasnol telah pun berpaling tadah; menyebelahi kem Datuk Zaid Hasan pada 2 hari lalu. Berita tergempar yang baru diterimanya semalam. Datuk Wan telah belot. Datuk Wan telah dibeli!

Kem Datuk Zaid Hasan terdiri daripada:
1. Datuk Wan Hasnol (Timbalan Ketua Bahagian)
2. Saudara Sudin Samsul (Ketua Pemuda Bahagian)
3. Encik Naza (bekas Bendahari Bahagian)
4. Hajah Rosnah (bekas Ketua Wanita Bahagian)
5. Haji Baharom (Ajk Bahagian merangkap Ketua Kampung)
Turut bersama mereka ialah 3 veteran politik yang tiadak asing lagi dibahagian mereka; yakni Busu, Haji Tapa & Angah Bakar.

Jadi Dr. Junus selaku Setiausaha Bahagian harus mempertahankan ketuanya; YM Tengku Hussain Ahmad (Ku Sin) habis-habisan. Sehingga ke titisan darah yang terakhir... Dia akan berjuang mempertahankan Ku Sin sehingga menjadi ‘abu’...
Kepimpinan Ku Sin telah dicabar oleh Datuk Zaid pada Mesyuarat Agung Bahagian yang bakal berlangsung bula hadapan. Parti Keris Melayu Bahagian mereka telah berpecah dua!


Malam itu mereka yang asih setia kepada kepimpinan Ku Sin akan turun bagi menyatakan sokongan tak berbelah bahagi mereka. Dr. Junus telah mempergunakan segala kabel dan pengaruhnya untuk menarik sokongan ahli-ahli parti supaya hadir di Restoran Mamak Syed pada malam ini. Dia akan membuat satu pengisytiharan penting dihadapan penyokong-penyokong kuatnya pada malam ini. Dr. Junus akan mengumumkna bahawa dia akan mencabar Ketua Pemuda Bahagian, Saudara Sudin Samsul!

Tiada lagi kompromi. Tiada lagi berdolak-dalik. Tiada lagi termalu-malu ala... Semua sudah terang lagi bersuluh.

Maka Jawatan Setiausaha Bahagian yang bakal dikosongkannya akan diisi oleh orangnya sendiri.

Datuk Zaid ingin merampas kuasa dan sudah tentu Dr. Junus tidak akan benarkan semudah itu. Seminggu sebelum itu, Saudara Sudin Samsul dengan secara terbuka telah mengisytiharkan gerakan besar-besaran untuk menjatuhkan YM Tengku Hussain Ahmad sebagai Ketua Bahagian kawasan itu. Dr. Junus tahu dibelakang Sudin adalah ‘tangan ghaib’ Datuk Zaid. Namun dia memang tidak pernah menjangkakan bahawa Datuk Wan Hasnol akan turut berpaling tadah. Semua orang tahu bahawa Datuk Wan adalah ‘anak didik’ YM Ku Sin. Masakan semudah itu Datuk Wan melupakan segala jasa dan bakti yang dibaurkan oleh Big Boss kepada beliau. Timbalan Ketua Bahagian itu telah membenarkan pepatah pusaka melayu “Bagai kacang lupakan kulit...”

Oleh itu Dr. Junus bertekad akan menghancurkan Kem Datuk Zaid & Datuk Wan, serta semua tali barut yang bersenkongkol dengan mereka. Bahagian itu akan dibersihkan... Politik mereka akan dibunuh tanpa belas. Itulah harga yang mereka perlu bayar akibat menderhaka dan tidak mengenang budi baik Ku Sin selama ini...
"pepat diluar...rencong didalam....."




Bersambung...

Tuesday, July 1, 2008

urko.

ini pagi yang indah. dan dia sedang merindui seseorang. nama gadis itu saidatul. gadis itu tidak pernah tahu akan kewujudan dirinya. dia merindui gadis pandu puteri itu selama 15 tahun.

15 tahun yang penuh kesunyian. terkapai-kapai seorang. kononnya didalam lautan cinta yang tidak pernah berkesudahan. ini sebenarnya cerita sewaktu dia berusia 14 tahun lagi. sewaktu dia terpaku 10 saat melihat wajah gadis bermuka bujur sirih dan berdagu runcing itu berjalan dihadapan kelasnya. mulutnya terlopong merenung mata kuyu gadis pendiam itu. apakah itu satu bentuk renungan makrifat yang bernama cinta. betulkah itu cinta? cinta pandang pertama.

jadi mulai hari yang penuh warna warni itu, dia mula menjadi seorang perindu. rindu yang penuh kesayuan. kerna dia mengerti mimpi itu tidak dapat menjadi kenyataan hidup. mengapa ya?

ini sebabnya: giginya jongang, wajahnya seperti monyet; tambahan lagi kulitnya gelap. ini hakikatnya...

saidatul akmar nama penuh cinta hatinya itu. gadis cantik yang tidak terserlah. ramai kawan-kawannya tidak perasan. mereka lebih terpegun dengan muzalifah gadis seksi berwajah ala Pakistani. ramai yang terpegun dan meleleh air liur melihat bentuk badan muzalifah. hanya dia yang menyampah!

dia lain. dia lebih mengerti erti kecantikan dan kejelitaan sebenar. dia dapat memandang terus kedalam hati. walaupun satu sekolah tidak pernah peduli kepada kewujudannya.


dia dipanggil 'urko'. apa itu? dia tidak tahu. tapi kawan baiknya si husin pernah memberitahu ; 'urko' itu memang ada kaitan dengan wajahnya yang ada iras-iras laksana manusia zaman batu yang sedang melalui satu bentuk evolusi. yang berasal daripada spesies monyet seperti gorilla.

dia dan saidatul akmar; keduanya tidak pernah dipedulikan.

sehinggalah 15 tahun berlalu...

dia bukan lagi urko. (yang membawa maksud: wajah tampan, badan kukuh dan memandu subaru impreza WRX)

hebat bukan? jadi bagaimana pula dengan gadis ayu yang hanya sesekali sahaja akan tersenyum? (dia selalu mengintip disebalik celah buku-buku di rak perpustakaan sekolah) dia tidak tahu. saidatul hilang tanpa berita. maka dia akan terus menyimpan memori tersebut...

dari khabar angin yang didengarnya, gadis pandu puteri itu telah berkahwin dan berkerja sebagai panyambut tetamu disalah sebuah bank terkemuka.

hidup ini kejam bukan?


tidak...tidak...Tuhan memberi kita kuasa untuk memilih. lalu dengan kata-kata itu dia mula bangkit dari tidur dan keluar dari dimensi kemiskinan dan kedaifan. yang lain...jatuh terperangkap didalam lubang gua gelap...

dan dia memilih pengetahuan. bukan kemewahan mudah dari jalan yang haram.