Naik basikal keliling kampong. Niat dihati nak cari buluh bikin 'lomang'. Arakian maka masuklah Sepul kedalam hutan dipinggir kampong pada petang sebelum raya. Sepul masuk hutan dengan matlamat mencari buluh; tapi dengan 2 tujuan.
1. Mau kasi bikin ‘lomang’
2. Maun kasi bikin ‘meghiam buloh’.
Sepul memang tak sabar nak ‘lotup’ kan satu kampong dengan meriam buluh buatan eksklusifnya...
Dia akan lawan habis-habisan dengan budak-budak kampong seberang. Oleh itu dia memerlukan bukan setakat buluh biasa, tapi dia betul-betul mahu cari Bapak Buloh Betong!
**************************************************************
Dah dekat dua 2 jam, Sepul melilau dalam hutan belukar itu, namun bukan kata Bapak Buloh Betong...satu haram Anak Buloh dia tak jumpa. Habis semua dah kena cantas!
“Ni mesti kerja budak-budak kampong seberang. Kurang ajar betol, kalau nak ambik pun kasi tinggalah kat aku sikit” Dia membebel sorang-sorang.
Macamlah ada manusia dalam hutan belukar tu yang mampu menjadi pendengar yang baik; bagi segala perkataan-perkataan berunsur negatif yang lancar keluar dari mulutnya.Yang tinggal hanya cucu cicit buloh yang layak dibuat lomang celah gigi.
Sebenarnya Sepul sudah terlupa satu perkara...Dia masuk hutan dengan niat tak baik... Dalam hutan jangan dibuat main. Satu lagi mulut dia mamang celupar. Bila dia tengok pokok-pokok buloh habis semua kena cantas, maka dia mula menyumpah seranah macam orang hilang akal. Maka ini lah padahnya...
*********************************************************************
Dah masuk seminggu, Sepul beraya sorang-sorang dalam hutan gelap. Dia beraya dengan nyamuk, agas dan ular sawa batik. Pendek kata Sepul tahun itu beraya sakan...
Sebenarnya apabila Sepul masuk ke hutan petang sebelum malam raya itu, dia tak langsung tak pernah berjumpa jalan keluar. Dia sangka dia keluar...tapi walhal dia punya syok bertakbir raya dengan orang-orang kampong yang disangkakannya manusia... Peliknya dia tak pernah kenal pun dengan muka-muka orang disekelilingnya yang sedang rancak bertakbir raya.
Sehinggalah petang raya ketujuh orang-orang kampong terjumpa Sepul sedang terpelosok dicelah banir pokok beringin besar gila. Dicelah bibirnya terselit daun-daun hijau yang dikunyahnya dengan nikmat. Bila ada satu Pak Cik bertanya; “ Kau buat apa pul?”
Lalu dijawabnya “Pak Cik buta warna kah? Tak Nampak saya tengah makan Kek Sarawak 7 lapis ni?”
Hutan semakin gelap...
Saturday, October 11, 2008
Sunday, September 21, 2008
Ada cinta di malam raya...
Malam larut...
Tiada bintang-bintang. Angin sejuk yang menampar wajah sangat mendamaikan. Kampung ini memang sunyi. Sunyi tapi permai.
Ini bukan kampungnya. Ini kampung Zeti. Kenalan 'chatting' selama setahun. Inilah pertama kali dia bersua wajah dengan kenalan cybernya itu.
Dia duduk sorang-sorang kat luar rumah Zeti. Melepak diatas pangkin.
Didalam rumah kampung itu kedengaran suara riuh-rendah. Tahu kenapa malam ini lain daripada malam-malam Ramadhan yang lain? Sebab...sebaaab...
Ini Malam Raya!
(Ya malam ini malam raya...dan aku buat apa kat sini ya?)

Monday, July 28, 2008
Parti Keris Melayu (Bahagian 1)
Dr. Junus telah mengumpulkan ‘budak-budaknya’. Dia akan membuat satu pengumuman penting. Restoran mamak Syed penuh dengan ‘budak-budaknya’. Dia bertekad menghalang kemaraan Datuk Zaid Hasan dan juak-juak beliau.
Dr. Junus telah meneriman arahan daripada ‘Big Boss’nya, YM Tengku Hussain Ahmad. Bagi merancang satu tindakan proaktif bagi mempertahankan kem mereka.
Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Wan Hasnol telah pun berpaling tadah; menyebelahi kem Datuk Zaid Hasan pada 2 hari lalu. Berita tergempar yang baru diterimanya semalam. Datuk Wan telah belot. Datuk Wan telah dibeli!
Kem Datuk Zaid Hasan terdiri daripada:
1. Datuk Wan Hasnol (Timbalan Ketua Bahagian)
2. Saudara Sudin Samsul (Ketua Pemuda Bahagian)
3. Encik Naza (bekas Bendahari Bahagian)
4. Hajah Rosnah (bekas Ketua Wanita Bahagian)
5. Haji Baharom (Ajk Bahagian merangkap Ketua Kampung)
Turut bersama mereka ialah 3 veteran politik yang tiadak asing lagi dibahagian mereka; yakni Busu, Haji Tapa & Angah Bakar.
Jadi Dr. Junus selaku Setiausaha Bahagian harus mempertahankan ketuanya; YM Tengku Hussain Ahmad (Ku Sin) habis-habisan. Sehingga ke titisan darah yang terakhir... Dia akan berjuang mempertahankan Ku Sin sehingga menjadi ‘abu’...
Kepimpinan Ku Sin telah dicabar oleh Datuk Zaid pada Mesyuarat Agung Bahagian yang bakal berlangsung bula hadapan. Parti Keris Melayu Bahagian mereka telah berpecah dua!
Malam itu mereka yang asih setia kepada kepimpinan Ku Sin akan turun bagi menyatakan sokongan tak berbelah bahagi mereka. Dr. Junus telah mempergunakan segala kabel dan pengaruhnya untuk menarik sokongan ahli-ahli parti supaya hadir di Restoran Mamak Syed pada malam ini. Dia akan membuat satu pengisytiharan penting dihadapan penyokong-penyokong kuatnya pada malam ini. Dr. Junus akan mengumumkna bahawa dia akan mencabar Ketua Pemuda Bahagian, Saudara Sudin Samsul!
Tiada lagi kompromi. Tiada lagi berdolak-dalik. Tiada lagi termalu-malu ala... Semua sudah terang lagi bersuluh.
Maka Jawatan Setiausaha Bahagian yang bakal dikosongkannya akan diisi oleh orangnya sendiri.
Datuk Zaid ingin merampas kuasa dan sudah tentu Dr. Junus tidak akan benarkan semudah itu. Seminggu sebelum itu, Saudara Sudin Samsul dengan secara terbuka telah mengisytiharkan gerakan besar-besaran untuk menjatuhkan YM Tengku Hussain Ahmad sebagai Ketua Bahagian kawasan itu. Dr. Junus tahu dibelakang Sudin adalah ‘tangan ghaib’ Datuk Zaid. Namun dia memang tidak pernah menjangkakan bahawa Datuk Wan Hasnol akan turut berpaling tadah. Semua orang tahu bahawa Datuk Wan adalah ‘anak didik’ YM Ku Sin. Masakan semudah itu Datuk Wan melupakan segala jasa dan bakti yang dibaurkan oleh Big Boss kepada beliau. Timbalan Ketua Bahagian itu telah membenarkan pepatah pusaka melayu “Bagai kacang lupakan kulit...”
Oleh itu Dr. Junus bertekad akan menghancurkan Kem Datuk Zaid & Datuk Wan, serta semua tali barut yang bersenkongkol dengan mereka. Bahagian itu akan dibersihkan... Politik mereka akan dibunuh tanpa belas. Itulah harga yang mereka perlu bayar akibat menderhaka dan tidak mengenang budi baik Ku Sin selama ini...
"pepat diluar...rencong didalam....."
Bersambung...

Tuesday, July 1, 2008
urko.
ini pagi yang indah. dan dia sedang merindui seseorang. nama gadis itu saidatul. gadis itu tidak pernah tahu akan kewujudan dirinya. dia merindui gadis pandu puteri itu selama 15 tahun.
15 tahun yang penuh kesunyian. terkapai-kapai seorang. kononnya didalam lautan cinta yang tidak pernah berkesudahan. ini sebenarnya cerita sewaktu dia berusia 14 tahun lagi. sewaktu dia terpaku 10 saat melihat wajah gadis bermuka bujur sirih dan berdagu runcing itu berjalan dihadapan kelasnya. mulutnya terlopong merenung mata kuyu gadis pendiam itu. apakah itu satu bentuk renungan makrifat yang bernama cinta. betulkah itu cinta? cinta pandang pertama.
jadi mulai hari yang penuh warna warni itu, dia mula menjadi seorang perindu. rindu yang penuh kesayuan. kerna dia mengerti mimpi itu tidak dapat menjadi kenyataan hidup. mengapa ya?
ini sebabnya: giginya jongang, wajahnya seperti monyet; tambahan lagi kulitnya gelap. ini hakikatnya...
saidatul akmar nama penuh cinta hatinya itu. gadis cantik yang tidak terserlah. ramai kawan-kawannya tidak perasan. mereka lebih terpegun dengan muzalifah gadis seksi berwajah ala Pakistani. ramai yang terpegun dan meleleh air liur melihat bentuk badan muzalifah. hanya dia yang menyampah!
dia lain. dia lebih mengerti erti kecantikan dan kejelitaan sebenar. dia dapat memandang terus kedalam hati. walaupun satu sekolah tidak pernah peduli kepada kewujudannya.
dia dipanggil 'urko'. apa itu? dia tidak tahu. tapi kawan baiknya si husin pernah memberitahu ; 'urko' itu memang ada kaitan dengan wajahnya yang ada iras-iras laksana manusia zaman batu yang sedang melalui satu bentuk evolusi. yang berasal daripada spesies monyet seperti gorilla.
dia dan saidatul akmar; keduanya tidak pernah dipedulikan.
sehinggalah 15 tahun berlalu...
dia bukan lagi urko. (yang membawa maksud: wajah tampan, badan kukuh dan memandu subaru impreza WRX)
hebat bukan? jadi bagaimana pula dengan gadis ayu yang hanya sesekali sahaja akan tersenyum? (dia selalu mengintip disebalik celah buku-buku di rak perpustakaan sekolah) dia tidak tahu. saidatul hilang tanpa berita. maka dia akan terus menyimpan memori tersebut...
dari khabar angin yang didengarnya, gadis pandu puteri itu telah berkahwin dan berkerja sebagai panyambut tetamu disalah sebuah bank terkemuka.
hidup ini kejam bukan?
tidak...tidak...Tuhan memberi kita kuasa untuk memilih. lalu dengan kata-kata itu dia mula bangkit dari tidur dan keluar dari dimensi kemiskinan dan kedaifan. yang lain...jatuh terperangkap didalam lubang gua gelap...
dan dia memilih pengetahuan. bukan kemewahan mudah dari jalan yang haram.

Friday, June 6, 2008
keliru
dalam hidup ini. ramai yang keliru. jadi keliru kerna tidak mahu ambil tahu. bila sudah ambil tahu. makin jadi keliru. jadi keliru kerna tersalah tuju...
kamu keliru?
aku tidak selalu.
kamu keliru?
aku tidak selalu.
Monday, June 2, 2008
hanya Abang Sarip mengenal Heineken!
abang Sarip tidak kenal agama. dia cuma kenal botol.
lelaki 50an ini cukup arif dengan Jack Daniels - Tennesse Whiskey, Remy Martin cognac (dari Perancis),Bushmills 1608 Irish Whiskey dan bertin-tin Tiger Beer 6-pack!
nama-nama itu satu kemegahan hakiki bagi dirinya. hidup tak bererti tanpa menikmati sekurang-kurangnya 7-8 tin air kuning berbusa setiap masa senggang. abang Sarip memang tidak takut kena diabetes.
mukanya memang selalu merah. bak udang dibakar di atas dapur arang restoran 'seafood'. merah membara.
jadi jangan sesekali ada sesiapa yang berani buka topik bab baca YaaSiin malam jumaat atau zikrullah di majlis tahlil. abang Sarip memang menyampah. disuakannya penumbuk.
umur setengah abad memang tidak terkesan. kesana sini dengan motor Virago 250cc 'second-hand'. ekzos motor ini memang memekak sikit. anak jantannya yang baik pulih dan bikin modifikasi. waktu imam tengah buka kitab fiQh Al-Umm, masa itu pula lelaki bermisai putih lebat itu akan pulas 'full throttle' depan Masjid. saja-saja mau tunjuk perangai geng-geng samseng American Bikers!
jemaah dalam masjid semua terkedu. pak Imam hanya mampu pandang pilu.
siapa berani tegur Abang Sarip Virago? nak cari nahas? silap-silap kena belasah dengan spanar saiz 40. ada berani?
tak sampai 3 minggu selepas motosikal Virago kategori pencen abang Sarip buat hal dekat depan Masjid, dia sudah jatuh tersembam. betul-betul depan pintu pagar Masjid. jatuh terlentang. tak bangun-bangun...baru balik dari beli 2 botol 'maxi' Heineken (1.5 litre) dari kedai 7-Eleven berdekatan.
jadi selepas habis sahaja solat jumaat, pak Imam dan para jemaah masjid terus buat 'sembahyang mayat' tanpa bertangguh...

siapa aku?
aku kepenatan. lemah longai. otak kurang zat. semua nutrien sudah habis guna. err...bukan semua, maksudku hampir habis...
lari laju.
lari perlahan.
lari laju.
lari perlahan.
haus air.
berlari-lari...macam tidak mahu berhenti.
selepas ini aku mungkin tidak kenal sesiapa lagi. otak macam sudah jammed.
jadi aku terpaksa belajar membaca kembali.
a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m. n. o. p. q. r. s. t. u. v. w. x. y. z.

Wednesday, May 21, 2008
tidak cukup kopi 'o' sechewen...
bersiap sedia untuk menghasilkan manuskrip sememangnya meletihkan otak. Ini pemikiran untuk dikenang dan dibukukan. belum tentu penerbit menerima dengan hati terbuka.
aku teruja. mereka belum tentu suka.
ini memang indah. bahkan bagi menghasilkan koleksi secara optimum memang tidak pernah cukup kopi 'o' sechewen.
banyak benda nak masuk sekali gus. berdebus...debuusss...

Wednesday, May 14, 2008
encik Romzi, Haagen Dazs & wanita harum dari Bolivia...
ini sebatang anak mancis terakhir, yang encik Romzi tinggalkan...
3 hari sebelum itu...
Maria tak muncul-muncul sedari tadi. telah 5 jam dia menunggu. Haagen Dazs (huruf 'a' dengan dua titik diatas) sampai dah lengang. lagi setengah jam nak tutup. lipstik Maria pun tak kelihatan.
kenapa dia sanggup tunggu? oooo...banyak sebabnya...
dia sanggup jadi tunggul kayu sebab? eerr...sebab mata Maria cantik. kulit halus mulus. rambut Maria cutting 'Vogue'. dress-up Maria first class. Maria wangi. gigi Maria setaraf model iklan Darlie. oooo...banyak sebabnya...lagi satu sebab Maria manja...
Maria tak minum bir. rokok? err...rokok dia hisap tapi tak minum bir. teman wanitanya suka sedut asap manis rokok kretek. 'nusantara' kretek.
Romzi baru 'couple' dengan gadis kaki panjang itu tak sampai 3 bulan. sebab itu apa saja yang gadis kacukan itu arahkan, sekelip mata dia buat. perintah dijunjung Tuanku! Romzi percaya Maria 300%!
ya. Maria Lacerna Estravo aka. M.A.R.I.A memang elegan.anggun. seksi. bergaya. wanita Bolivia yang tersesat sampai ke Central Market. Romzi cekup. macam mana dia kenal wanita itu? oooo...panjang ceritanya. lain kali cerita. ini kali kita cerita tentang Romzi Saedon aka. R.O.M.Z.I!
kembali ke meja di Haagen Dazs...
Romzi menyumpah dalam hati. %7&2333#0***!
ais kerim mahal perisa 'sticky toffee pudding' telah lama licin ditelannya. sikit demi sedikit disuap kemulut. dia langsung tidak menikmati kelazatan ais krim itu. hatinya resah gelisah menunggu kemunculan 'diva' agung wanita dari Bolivia. manajer dikaunter sedari tadi menjeling kepadanya. pelayan-pelayan pun sama sambil salah seorang dari mereka menunjuk ke jam bulat besar yang tergantung elok di dinding. Romzi angguk faham. mengerti bahawa wanita pujaan hatinya sudah mungkir janji. dia kena tipu.
Hari ini...
Romzi marah. marah cara skizofrénia . dia marah bukan sebab Maria tidak pernah muncul lagi. bukan juga sebab telah ditolak mentah-mentah ketampanannya (baca lain: kejantanannya). dia bukan sengaja mahu marah-marah. itu bukan stail lelaki macho seperti dirinya.
Romzi marah sebab 3 hari sebelum itu dia sudah serahkan satu briefcase hitam Alfred Dunhill of London pada siang hari, yang didalamnya penuh dengan kertas-kertas bertanda Dollar Amerika yang kalau dihitung semuanya berjumlah hampir 1/2 juta...
Jadi dia mula nyalakan sebatang anak mancis terakhir yang berada didalam poketnya...Zrsssttt.......api jingga menyala meriah.
perlahan-lahan foto dia dan Maria Lacerna Estravo yang sedang hangat berpelukan (sewaktu bercuti di Zoo Negara) dibakar...
wajah wanita elegan dari Bolivia hilang lambat-lambat dimakan api jingga meriah. senyuman Maria hilang berterbangan bersama asap hitam. hilang bersama perasaan cinta yang hancur lebur.
Romzi Saedon tahu. itu masih tidak cukup. tapi buat masa ini. saat ini.
hanya itu sahaja yang mampu dilakukannya...walaupun bau Dolce & Gabbana Feminine eau de toilette women’s fragrance masih kuat menyengat.

Friday, April 18, 2008
'Pokok-Melayu'...
ini suara independen.
suara-suara seni rakyat marhain. suara melayu yang tenggelam dilanggar arus kemodenan. aku bangkit dari lobang gelap. dengan kain pelikat sambil duduk diatas pangkin menghisap rokok daun. mencari ketenangan dibawah pohon ketapang. menyuluh malam dengan 'torchlight'. melihat Kuala Lumpur dari mata manusia Melayu yang benci pencemaran alam.memandang cahaya silau Klcc dari pondok gelap tanpa perasaan. yang menolak kebisingan. yang memandang sinis enjin dan ekzos. menyelusuri kaki lima dengan hanya berselipar. menolak 'inferiority complex'. aku mencari ketenangan di tangga-tangga Masjid. meneruskan hidup dari kaca mata 'fish-eye'. melihat intergriti dan kredibiliti sebagai hukum hakam. si pengganas intelek... bergelumang dengan sub-budaya. menelurusi peluru media. lalu aku bangkit memandang sebagai manusia Melayu. Melayu itu Islam. Islam bukan teroris!
Aku bangkit mengutip...cabang-cabang pemikiran Melayu kontemporari. Bertahan dibawah 'Pokok Melayu' (malay-tree)...

Subscribe to:
Comments (Atom)