Joshua berjalan-jalan disekitar kawasan kampung itu. Sunyi sepi walaupun disiang hari. Hanya kedengaran bunyi cicip burung. Kakinya memijak tanah coklat yang berdebu. Tanah sebenar; bukan tar!
Untuk seketika, Joshua berasa tenang menikmati pemandang alam ini. Alam ciptaan Allah yang sangat indah. Dia berada sangat jauh daripada hiruk pikuk kota, asap hitam yang tebal, dan sudah tentu berada jauh daripada kepura-puraan manusia bandar.
Begitupun ingatan kepada Kate tidak pernah pudar. Dia sentiasa memikirkan tentang Kate. Dengan seribu pertanyaan seperti ; “ Kenapa Kate kembali?”, “ Dimanakah Kate menghilang selama ini” “Sudah kahwinkah dia?” Namun Joshua tahu dia tidak akan menemui jawapan pasti. Sekurang-kurangnya buat masa ini...
Kate adalah memori indah. Walau bukan semua yang indah. Indah yang bercampur pilu. Kakinya terus berjalan menyusuri denai yang dihiasi rumput-rumput hijau segar ditepinya. Tanpa disedarinya, dia sampai ke sebuah warung di tepi jalan. Joshua melangkah masuk, dan terus duduk di satu bangku kosong. Beberapa pasang mata memandang kearahnya. Tentunya penduduk kampung yang berehat untuk minum-minum selepas balik dari menoreh getah atau berkebun. Mungkin? Joshua tidak ambil peduli.
Seorang gadis remaja datang memesan minuman. Tersenyum indah. Dia menatap wajah gadis itu , membalas senyuman. Bukankah senyuman itu satu sedekah. Joshua meminta Teh Ais dan Mee Goreng . Gadis pelayan itu mengangguk beberapa kali dan akhirnya beredar. Mata-mata yang memandangnya, kini kembali berbual sesama mereka. Joshua tidak dipedulikan. Mereka menganggap Joshua hanyalah seorang Budak KL yang hanya singgah minum.
Joshua menyeluk poket kiri baju denimnya. Cuba mengeluarkan sesuatu. Perlahan-lahan sampul surat berwarna biru yang didalamnya mengandungi 3 keping foto lama di keluarkan. Dia membelek-belek foto-foto tersebut. Foto pertama gambar dia dan kate.Dia tersenyum menatap foto tersebut. mengembalikan segala nostalgia lama. Foto kedua, hanya gambar Kate. Dan foto ketiga membuat nafasnya sedikit mengeluh. Ada 3 orang didalam foto itu – Joshua, Katerina dan yang seorang lelaki yang sedikit tersenyum sinis. Identiti lelaki yang tutut berada didalam foto itu adalah sehabat baiknya satu waktu dahulu. Namanya adalah RAMON. Gambar itu di tangkap di London. Sewaktu mereka bertiga belajar di over-sea. 13 tahun dahulu; Ramon adalah sahabatnya yang paling akrab sewaktu semua mereka terlalu muda. Disaat mereka memiliki perasaan indah dan ceria.
Tapi ingat! Itu 13 tahun dulu. Sewaktu kedinginan kota LONDON dihangatkan oleh perasaan-perasaan manusia yang dijernihkan oleh kata-kata cinta. Kini; lelaki yang bernama R.A.M.O.N. itu adalah musuhnya...
“Ramon.., pengkhianat!”
Semua yang berada didalam warung itu tersentak...
Tuesday, October 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment