Wednesday, October 7, 2009

Joshua & Kate 3

Katerina meneguk fresh orange. Bersenang lenang diatas sofa empuk merah. Made in Italy. Tangannya memegang remote TV Astro. Dari satu saluran ke saluran lain dia menonton. Tak pernah tetap. Matanya melihat program TV, namun hatinya ke lain.

Muzik Okestra Tchaikovsky bergema di ruang tamu Kondominium 24 tingkat itu. Turut kelihatan beberapa majalah bersepah diatas sofa merah. Made in Italy (yang membawa maksud harga sofa 3 tempat duduk itu memang tidak mampu dimiliki oleh eksekutif bank biasa).

Katerina melihat cermin besar yang terhiasa besar diruang tamu itu. Melihat wajahnya seraya berfikir. Inikah Aku? Melihat lipstik merah berkilat yang melekap dibibir. Anggun. Vogue. Elegan. Inikah Katerina cinta hati seorang lelaki jeans lusuh yang bernama Joshua?

HBO Channel sedang menyiarkan filem bertajuk ‘The Reader’ lakonan handal aktres Kate Winslet. Katerina memang minat sangat dengan Kate Winslet. Semenjak tahun 1997. Filem Titanic pecah panggung! Leonardo di Caprio dan Kate Winslet meletop-letop keserata dunia hiburan. Ya, Katerina memang terlalu meminati Kate Winslet. Kate minat Kate!


Kini setelah 12 tahun berlalu...Kate Winslet dipertemukan kembali dengan aktor versatile Leonardo di Caprio. Seolah keadaannya seperti pertemuan ‘reunion’ kembali diantara Kate & Joshua. Kemunculan Kate Winslet kali ini mendapat perhatian dan pujian Media Massa Dunia Hiburan. Sehingga Kate Winslet mampu menggondol anugerah Academy Award 2008 untuk Best Actress bagi filem tersebut. Juga setelah mendapat ‘seventh nomination’, Kate Winslet akhirnya memenangi anugerah ‘Golden Globe Award 2008 for Best Actress’ bagi lakonan yang cukup mengesankan. Dan berjaya juga memiliki anugerah dibeberapa festival filem antarabangsa yang lain. Hebat bukan?

Tapi bagaimana pula dengan Katerina binti Malik? Apakah kejayaan yang bakal dia bawa pulang selepas pertemuan semula Kate & Joshua pada 2 malam yang lepas? Hebat sangatkah lakonan dia kali ini? Ya Allah, apakah aku berlakon? Menjadi seseorang yang benar-benar kontra dengan dirinya, sebetulnya bukan sesuatu yang mudah. Katerina tidak punya jawapan.
Kate tidak tahu. Ya, Kate benar-benar tidak tahu. Apakah dia masih mencintai Joshua? Kate tidak tahu.

Wajah Joshua kembali muncul. Bersama jaket jeans levi’s yang lusuh. Macam dulu-dulu...“crunchy pop fuzz luv...”, datang bersama melodi gitar akustik yang Joshua pernah kompos untuk gadis ceria yang bernama Katerina binti Dato’ Malik.


Waktu salji pernah turun di bulan Disember semasa belajar di Kota London. Sedang mereka asyik berkejar-kejaran disekitar Royal Parks....


No comments: