Thursday, January 15, 2009

"Malam tu Aiman naik motosikal nak balik rumah..."

Okestra katak sahut menyahut. Suara cengkerik turut membisingkan malam. Katak dan cengkerik saling berlawan suara siapa yang lebih merdu. Aiman membetul-betulkan ketayap lusuhnya. Kesejukkan malam mengigit hingga ke tulang hitam.

Dia menunggang motosikal kapcai dengan perlahan. Bukit yang tersergam dihadapan didakinya secara berhati-hati. Aiman merasa seram sejuk. Suasana disekelilingnya begitu gelap gelita. Pokok-pokok getah dikiri kanan jalan itu kelihatan seperti lembaga manusia.

Aiman terpaksa pulang kerumah agak lewat kerana terpaksa menunggu hujan lebat dari siang tadi berhenti. Kenduri doa selamat dirumah sahabat baiknya Mustapha selesai sekitar pukul 10 malam. Namun dia terpaksa menunggu sehingga pukul 1 pagi, baru dapat beredar dari situ.

“Kau tidur sajalah disini Man. Dah lewat sangat ni.” Mustapha mengajak ikhlas.

“Ya lah Man. Tidurlah kat sini. Macam tak biasa pula.” Mak Cik Bedah, emak sahabatnya Mustapha turut mengajak.

“Takpe, Mak Cik...bukannya jauh sangat rumah saya.” Jauh tak jauh rumahnya dalam jarak lebih kurang 10 km. Aiman menolak cara basa-basi.

“Hmm...kalau gitu, aku dah tak boleh paksalah nampaknya.” Mustapha menepuk bahu sahabatnya.

“Aku kena ‘study’ tapa. Esok pagi ada ‘exam.” Aiman menerangkan perkara sebenar.

“Ok Tapa. Aku kena ‘gerak’ dulu. Terima kasih Mak Cik Bedah. Assalamualaikum...”

“Wa’alaikumsalam...”

Lalu motosikal Aiman mula bergerak... preett..peeettt...pressst...pereeettt...pedepesss... meletop-letop ekzos motosikal tua kepunyaan datuknya itu.

Aiman terus menunggang motor kapcai lapuknya itu dengan perasaan waspada.

Tanpa diduga dalam jarak lebih kurang 100 meter kelihatan samar susuk lembaga putih melintas perlahan-lahan; dan terus hilang masuk kedalam kegelapan ratusan pokok getah.

Serentak itu juga hatinya berderau. Macam ada geruh nak datang. Dia memberhentikan motosikal disisir jalan. Matanya memandang terus kehadapan. Cuba meneliti menerusi lampu matosikal yang baterinya lemah. Dia cuba menyedapkan hati dengan menganggap hanya perasaan semata-mata.

Aiman menghidupkan kembali motosikalnya. Bergerak perlahan-lahan. Didalam masa yang sama kepalanya teroleh ke kiri dan kanan. Semuanya hitam pekat.

Bila saja motor kapcai mahu mula bergerak lebih laju; saat itu juga enjin mati serta merta. Aiman mula rasa tak sedap hati. Fikirannya dihambat perlbagai kisah seram yang menakutkan.

“ Sudah... bala apa pulak yang datang ni. ‘Time-time ni pulak kau nak meragam.” Dia bercakap seorang diri.

Badannya mula berpeluh. Peluh sejuk. Baju Melayu hijau yang dipakainya semakin basah dengan peluh. Tangannya sedikit tergigil. Daun-daun pokok getah yang bergesel dilanggar angin malam mengeluarkan satu bunyi-bunyian seperti bercakap sesama sendiri. Menyeramkan...

Aiman mencangkung disebelah motosikal untuk membelek plug. Dirabanya plug motosikal lagi dicabut dari enjin. Aiman meniup-niup kepala plug sambil mengomel.

“Puuuhhh... minta-minta hiduplah balik enjin ni”

Tanpa disedarinya ada sesuatu bergerak dari arah belakangnya. Bunyi daun dan ranting dipijak semakin kuat. Namun Aiman langsung tidak mahu menoleh. Tubuhnya mengigil ketakutan. Tangannya turut terketar-ketar. Baginya untuk memandang kearah tersebut tidak sesekali. Simpang Malaikat 44.

Kini, benda itu betul-betul berada dibelakangnya.

Aiman dapat merasakan kehadiran makhluk itu. Matanya hanya mampu memandang kearah pokok-pokok getah tua yang melambai-lambai dilanggar deruan angin.

Bahunya ditepuk perlahan. Aiman berkeras tak mahu memandang. Bahunya ditepuk lagi. Kali ini dengan lebih kuat. Semakin kuat Aiman mengigil. Makhluk itu menepuk bahunya sekali lagi. Kali ini berkali-kali... tepuk! tepukkk! teepooookkk! Sehingga bahu Aiman bergoncang kuat.

“Aimaaaan...” Namanya dipanggil lembut secara memanjang... sayup-sayup...

Dengan saki baki keberanian yang tinggal, Aiman menoleh kepalanya kearah belakang. Perlahan-lahan...

Boo Boo Chakkk!!!

Aiman pengsan serta merta. Badannya keras kaku. Aiman pengsan dengan mata yang masih terjegil seolah-olah sedang melihat sesuatu yang amat dashyat! Mulutnya terlopong...

Mak Cik Bedah dan Mustapha hanya mampu berdiri tercegat disitu sambil memandang sesama sendiri dengan perasaan penuh takjub. Mustapha menggaru-garu kepala; sambil cuba memahami situasi ketakutan yang dialami oleh sahabat baiknya Aiman. Enjin kereta masih berbunyi...

********************************************************

Jadi semua yang berlaku kepada diri Aiman pada malam itu menunjukkan tanda apa?

  • A) beli motosikal baru
  • B) rajin-rajinlah servis motor
  • C) Aiman adalah seorang yang penakut tahap ‘ekstra’.
  • D) Aiman tak kessaaaaah...

No comments: