Tuesday, July 1, 2008

urko.

ini pagi yang indah. dan dia sedang merindui seseorang. nama gadis itu saidatul. gadis itu tidak pernah tahu akan kewujudan dirinya. dia merindui gadis pandu puteri itu selama 15 tahun.

15 tahun yang penuh kesunyian. terkapai-kapai seorang. kononnya didalam lautan cinta yang tidak pernah berkesudahan. ini sebenarnya cerita sewaktu dia berusia 14 tahun lagi. sewaktu dia terpaku 10 saat melihat wajah gadis bermuka bujur sirih dan berdagu runcing itu berjalan dihadapan kelasnya. mulutnya terlopong merenung mata kuyu gadis pendiam itu. apakah itu satu bentuk renungan makrifat yang bernama cinta. betulkah itu cinta? cinta pandang pertama.

jadi mulai hari yang penuh warna warni itu, dia mula menjadi seorang perindu. rindu yang penuh kesayuan. kerna dia mengerti mimpi itu tidak dapat menjadi kenyataan hidup. mengapa ya?

ini sebabnya: giginya jongang, wajahnya seperti monyet; tambahan lagi kulitnya gelap. ini hakikatnya...

saidatul akmar nama penuh cinta hatinya itu. gadis cantik yang tidak terserlah. ramai kawan-kawannya tidak perasan. mereka lebih terpegun dengan muzalifah gadis seksi berwajah ala Pakistani. ramai yang terpegun dan meleleh air liur melihat bentuk badan muzalifah. hanya dia yang menyampah!

dia lain. dia lebih mengerti erti kecantikan dan kejelitaan sebenar. dia dapat memandang terus kedalam hati. walaupun satu sekolah tidak pernah peduli kepada kewujudannya.


dia dipanggil 'urko'. apa itu? dia tidak tahu. tapi kawan baiknya si husin pernah memberitahu ; 'urko' itu memang ada kaitan dengan wajahnya yang ada iras-iras laksana manusia zaman batu yang sedang melalui satu bentuk evolusi. yang berasal daripada spesies monyet seperti gorilla.

dia dan saidatul akmar; keduanya tidak pernah dipedulikan.

sehinggalah 15 tahun berlalu...

dia bukan lagi urko. (yang membawa maksud: wajah tampan, badan kukuh dan memandu subaru impreza WRX)

hebat bukan? jadi bagaimana pula dengan gadis ayu yang hanya sesekali sahaja akan tersenyum? (dia selalu mengintip disebalik celah buku-buku di rak perpustakaan sekolah) dia tidak tahu. saidatul hilang tanpa berita. maka dia akan terus menyimpan memori tersebut...

dari khabar angin yang didengarnya, gadis pandu puteri itu telah berkahwin dan berkerja sebagai panyambut tetamu disalah sebuah bank terkemuka.

hidup ini kejam bukan?


tidak...tidak...Tuhan memberi kita kuasa untuk memilih. lalu dengan kata-kata itu dia mula bangkit dari tidur dan keluar dari dimensi kemiskinan dan kedaifan. yang lain...jatuh terperangkap didalam lubang gua gelap...

dan dia memilih pengetahuan. bukan kemewahan mudah dari jalan yang haram.

1 comment:

tasekM said...

hidup ini selalu dilihat kejam...

yang kita mahu, tak dapat..

yang kita tak mahu, dapat..

sebenarnya kita yang kurang tahu... antara yang kita mahu dgn yang kita perlu...