Monday, June 2, 2008

hanya Abang Sarip mengenal Heineken!

abang Sarip tidak kenal agama. dia cuma kenal botol.

lelaki 50an ini cukup arif dengan Jack Daniels - Tennesse Whiskey, Remy Martin cognac (dari Perancis),Bushmills 1608 Irish Whiskey dan bertin-tin Tiger Beer 6-pack!


nama-nama itu satu kemegahan hakiki bagi dirinya. hidup tak bererti tanpa menikmati sekurang-kurangnya 7-8 tin air kuning berbusa setiap masa senggang. abang Sarip memang tidak takut kena diabetes.

mukanya memang selalu merah. bak udang dibakar di atas dapur arang restoran 'seafood'. merah membara.

jadi jangan sesekali ada sesiapa yang berani buka topik bab baca YaaSiin malam jumaat atau zikrullah di majlis tahlil. abang Sarip memang menyampah. disuakannya penumbuk.

umur setengah abad memang tidak terkesan. kesana sini dengan motor Virago 250cc 'second-hand'. ekzos motor ini memang memekak sikit. anak jantannya yang baik pulih dan bikin modifikasi. waktu imam tengah buka kitab fiQh Al-Umm, masa itu pula lelaki bermisai putih lebat itu akan pulas 'full throttle' depan Masjid. saja-saja mau tunjuk perangai geng-geng samseng American Bikers!

jemaah dalam masjid semua terkedu. pak Imam hanya mampu pandang pilu.

siapa berani tegur Abang Sarip Virago? nak cari nahas? silap-silap kena belasah dengan spanar saiz 40. ada berani?

tak sampai 3 minggu selepas motosikal Virago kategori pencen abang Sarip buat hal dekat depan Masjid, dia sudah jatuh tersembam. betul-betul depan pintu pagar Masjid. jatuh terlentang. tak bangun-bangun...baru balik dari beli 2 botol 'maxi' Heineken (1.5 litre) dari kedai 7-Eleven berdekatan.

jadi selepas habis sahaja solat jumaat, pak Imam dan para jemaah masjid terus buat 'sembahyang mayat' tanpa bertangguh...

3 comments:

tasekM said...

'..baru balik dari beli 2 botol Heineken (7.92 litre) dari kedai 7-Eleven berdekatan.'<--- terer tu.. :P... aku haram tak pernah tau benda alah tu berapa liter...

aku sangka baik.... ok.. :)

malay-tree said...

tasik,

sekali sudah tersalah taip daa...sepatutnya 1.5 litre. kemana agaknya otak aku merapu dikala itu.

apapun ku ucapkan terima kasih kerna jika tidak engkau terperasan, aku juga tidak memandang.

masih kabur sebetulnya aku ini. tercungap-cungap.

Anonymous said...

salam, sayang sungguh hidup abg sarip kerna tk sempat bertaubat dan mengenal penciptanya...semoga kite semua selamat dunia akhirat. amin..