Wednesday, May 14, 2008

encik Romzi, Haagen Dazs & wanita harum dari Bolivia...

ini sebatang anak mancis terakhir, yang encik Romzi tinggalkan...


3 hari sebelum itu...

Maria tak muncul-muncul sedari tadi. telah 5 jam dia menunggu. Haagen Dazs (huruf 'a' dengan dua titik diatas) sampai dah lengang. lagi setengah jam nak tutup. lipstik Maria pun tak kelihatan.

kenapa dia sanggup tunggu? oooo...banyak sebabnya...
dia sanggup jadi tunggul kayu sebab? eerr...sebab mata Maria cantik. kulit halus mulus. rambut Maria cutting 'Vogue'. dress-up Maria first class. Maria wangi. gigi Maria setaraf model iklan Darlie. oooo...banyak sebabnya...lagi satu sebab Maria manja...

Maria tak minum bir. rokok? err...rokok dia hisap tapi tak minum bir. teman wanitanya suka sedut asap manis rokok kretek. 'nusantara' kretek.

Romzi baru 'couple' dengan gadis kaki panjang itu tak sampai 3 bulan. sebab itu apa saja yang gadis kacukan itu arahkan, sekelip mata dia buat. perintah dijunjung Tuanku! Romzi percaya Maria 300%!

ya. Maria Lacerna Estravo aka. M.A.R.I.A memang elegan.anggun. seksi. bergaya. wanita Bolivia yang tersesat sampai ke Central Market. Romzi cekup. macam mana dia kenal wanita itu? oooo...panjang ceritanya. lain kali cerita. ini kali kita cerita tentang Romzi Saedon aka. R.O.M.Z.I!


kembali ke meja di Haagen Dazs...

Romzi menyumpah dalam hati. %7&2333#0***!
ais kerim mahal perisa 'sticky toffee pudding' telah lama licin ditelannya. sikit demi sedikit disuap kemulut. dia langsung tidak menikmati kelazatan ais krim itu. hatinya resah gelisah menunggu kemunculan 'diva' agung wanita dari Bolivia. manajer dikaunter sedari tadi menjeling kepadanya. pelayan-pelayan pun sama sambil salah seorang dari mereka menunjuk ke jam bulat besar yang tergantung elok di dinding. Romzi angguk faham. mengerti bahawa wanita pujaan hatinya sudah mungkir janji. dia kena tipu.


Hari ini...

Romzi marah. marah cara skizofrénia . dia marah bukan sebab Maria tidak pernah muncul lagi. bukan juga sebab telah ditolak mentah-mentah ketampanannya (baca lain: kejantanannya). dia bukan sengaja mahu marah-marah. itu bukan stail lelaki macho seperti dirinya.

Romzi marah sebab 3 hari sebelum itu dia sudah serahkan satu briefcase hitam Alfred Dunhill of London pada siang hari, yang didalamnya penuh dengan kertas-kertas bertanda Dollar Amerika yang kalau dihitung semuanya berjumlah hampir 1/2 juta...


Jadi dia mula nyalakan sebatang anak mancis terakhir yang berada didalam poketnya...Zrsssttt.......api jingga menyala meriah.

perlahan-lahan foto dia dan Maria Lacerna Estravo yang sedang hangat berpelukan (sewaktu bercuti di Zoo Negara) dibakar...


wajah wanita elegan dari Bolivia hilang lambat-lambat dimakan api jingga meriah. senyuman Maria hilang berterbangan bersama asap hitam. hilang bersama perasaan cinta yang hancur lebur.

Romzi Saedon tahu. itu masih tidak cukup. tapi buat masa ini. saat ini.
hanya itu sahaja yang mampu dilakukannya...walaupun bau Dolce & Gabbana Feminine eau de toilette women’s fragrance masih kuat menyengat.




6 comments:

Anonymous said...

waaaah... cerita tentang lelaki ditipu oleh kecantikan wanita... malangnya...

tasekM said...

ada wanita yang menggunakan apa-apa utk dapatkan sesuatu... berhati-hati lelaki... atau lelaki yg sanggup beri apa-apa utk sesuatu... berhati-hati wanita..

err... ade ke patut gambar peluk kat zoo.. ceh... sila peluk orang utan sekali ok... :)

malay-tree said...

idap, jaga2 jika ada seorang wanita cantik rupawan dari bolivia datang mendekati mu. simpan segera buku bank.

malay-tree said...

tasik rupawan,

kadang2 aku fikir lebih bagus jika berkawan dengan monyet. susah sikit nak ditpu. kalau ditipu juga memang tak hilang banyak. kerna sang monyet tidak pandai berurusan dengan pengurup wang. disamping itu boleh juga aku bersenam dan berlatih untuk bergaut dari satu pokok ke satu pokok. sukses!

oh ya, lagi satu...sayabas kerna mampu nampak yang tersirat pada kali ini, walaupun kau tak masuk lagi kedalam. Zoo itu satu tamparan sinis sebetulnya. satu metafora.

aku fikir tiada yg perasan.

tasekM said...

kena hati-hati dgn monyet fraser hill... itu hari dipatahkannya plat kereta aku... musykil sungguh... entah apa yang di cari... tak ade bau pisang langsung kat plat kereta tu... bau kfc pun tak de....

malay-tree said...

OOo..tasik...itu monyet sekolah hanya takat darjah enam.

monyet dibelakang rumahku lebih educated. kacak tentunya. kerana rambut dikepalanya licin berkilat. mungkin disapu brylcream. pekat likat.