ini suara independen.
suara-suara seni rakyat marhain. suara melayu yang tenggelam dilanggar arus kemodenan. aku bangkit dari lobang gelap. dengan kain pelikat sambil duduk diatas pangkin menghisap rokok daun. mencari ketenangan dibawah pohon ketapang. menyuluh malam dengan 'torchlight'. melihat Kuala Lumpur dari mata manusia Melayu yang benci pencemaran alam.memandang cahaya silau Klcc dari pondok gelap tanpa perasaan. yang menolak kebisingan. yang memandang sinis enjin dan ekzos. menyelusuri kaki lima dengan hanya berselipar. menolak 'inferiority complex'. aku mencari ketenangan di tangga-tangga Masjid. meneruskan hidup dari kaca mata 'fish-eye'. melihat intergriti dan kredibiliti sebagai hukum hakam. si pengganas intelek... bergelumang dengan sub-budaya. menelurusi peluru media. lalu aku bangkit memandang sebagai manusia Melayu. Melayu itu Islam. Islam bukan teroris!
Aku bangkit mengutip...cabang-cabang pemikiran Melayu kontemporari. Bertahan dibawah 'Pokok Melayu' (malay-tree)...
Friday, April 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

7 comments:
Salam,
intro yang 'ganah'(ganas bahaso klate)
Salam.
Tahniah!
Selamat menulis!
Kalian sudah mencatat sejarah, 2 orang pertama yang berani menyokong aku.
Jalinan persahabatab baru bermula. jadi jangan sesekali kalian biarkan aku karam sendiri.
terima kasih!
Salam saudara,
Selamat menulis.
Intro yang menarik.
Saya juga Melayu marhain.
Gambar hiasan power sungguh! Selamat berlabuh, lekatkan sauh dengan kemas dan ayuh kita mendarati Tanah Melayu Darussalam!
ikhlas
romantisi
Salam buat kalian berdua. Kalian berani masuk ke sini, bermakna kalian sanggup menanggung risiko.
Itu bermakna kalian seorang pejuang. Kalian berdua adalah manusia ketiga dan keempat yang murah jiwa meninggalkan kata-kata disini.
Kata-kata yang walaupun pendek, selalunya punya makna yang besar buat manusia seperti aku.
Waterlily, kamu bukan marhain. Kamu penentang birokrasi sebetulnya. Buktinya? Kamu meletakkan nafas disini.
Rastom, dari blog kamu yang aku singgahi semalaman; aku sedar engkau bergaul dengan manusia-manusia falsafah. Aku tidak punya syahwat dengan falsafah. Jadinya aku begitu, mungkin kerana aku selalu tidak siuman. Aku mabuk kata-kata. Jadi aku tidak sanggup lagi untuk menelan falsafah. Mungkin aku bisa belajar a..b..c.. dari mu. Saatnya kan tiba.
Aku juga ikhlas. Baik untuk mu...terima kasih buat kalian berempat. Pejuang Berempat berteduh disisi ku.
Syabas kepada saudara kerana telah bersama-sama bertukar minda di alam blog. Pertanyaan? Siapa Melayu? Budaya Melayu semakin terhakis. Mula-mula dengan tulisan, sekarang dengan bahasa. Lihat saja penulisan di blog-blog. Mana saintis-saintis Melayu?
Post a Comment